Minda Hijrah Headline Animator

Monday, September 10, 2012

Dr Hassan Ali: Isu Nasha Buka Polemik Akar Umbi PAS

Walaupun selama ini cuba disembunyikan, namun dengan keputusan Majlis Syura PAS tentang nasib Ustaz Nasharuddin Mat Isa membuktikan persoalan pokok yang cuba diutarakan oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu telah mula dibahaskan di kalangan akar umbi PAS.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata isu utama yang dibangkitkan Nasharuddin hampir sama dengan apa yang dibangkitkan sebelum ini.

"Isunya ialah, kita tak mahu PAS menjadi kuda tunggangan DAP. Isunya kita meminta PAS untuk merenung kembali posisi PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Sama ada 4 tahun setengah ini, tahalul siasi (persepakatan) ini menguntungkan PAS atau merugikan PAS. Ertinya menguntungkan Islam atau merugikan Islam, menguntungkan orang Melayu atau merugikan orang Melayu.

"Kalau jawapannya keseluruhannya, dari Perlis sampai ke Johor, Sabah dan Sarawak, merugikan..nak buat apa ditunggu lagi ?, "katanya Majlis Rumah Terbuka di Dewan Kebajikan Gombak Setia pada 9 September.

Menurutnya lagi, sekarang ini di kalangan ahli-ahli PAS mula membincangkan baik dan buruknya kerjasama PAS dengan DAP itu.

"Tajuk ini sudah menjadi mauduk utama dalam parti..Insyaalah jika berterusan diperkatakan, kemungkinan dalam masa terdekat ini sesuatu yang baik untuk parti, sesuatu yang baik untuk perjuangan Islam akan dapat diutarakan.

"Terhadap hubungan PAS dengan DAP, hubungan PAS dengan Anwar Ibrahim, hubungan PAS dengan PKR dan hubungan PAS dalam konteks memenangi pilihanraya umum yang akan datang ini,"katanya.

Sumber: www.anwaraidc.com

No comments:

Post a Comment