Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, August 29, 2012

TERKINI: Suspek Kes SUMBANG MAHRAM Kaji Fail Saman keatas Blogger

Suspek utama yang dikaitkan dengan isu 'sumbang mahram' yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Mohd Nor Jaafar (gambar) akan memfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan blog, lapor pahangdaily.blogspot.com.

 

Ini ekoran pihak berkenaan sewenangnya mengekploitasikan isu kononnya beliau telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu.

 

"Malah ada blog-blog yang sewenangnya mengeluarkan gambar saya dengan dakwaan seolah-olah saya telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah.

 

"Saya hanyalah suspek yang telah dipanggil untuk membantu siasatan pihak polis. Tetapi mereka melayan saya seolah-olah keputusan mahkamah telah dibuat atas kes ini dan saya didapati bersalah. Maruah dan imej saya sebagai pemimpin politik kini tercalar gara-gara penyiaran gambar saya serta ahli keluarga yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini. Peguam saya telah melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog yang didapati cuba menghukum saya dan mendahului mahkamah. Ini tidak adil dan satu hukuman yang jelas untuk menghancurkan masa depan saya," kata beliau kepada pahangdaily (PDO) sebentar tadi.

 

Menurut blogger itu, tinjauan pihaknya terhadap kebanyakan blog-blog pro UMNO mengaitkan kes itu dengan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat (PR), kononnya moral beliau (Mohd Nor) rosak gara-gara terikut-ikut dengan pemimpin yang rosak moral seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Malah, ulasnya lagi laporan yang dibuat oleh media arus perdana juga dilihat sengaja mahu menjatuhkan hukuman terhadap Pakatan Rakyat sedangkan, Mohd Nor sudah lama meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Datuk Zaid Ibrahim dan kini memimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) peringkat negeri Pahang.

 

"Tuduhan-tuduhan ini seolah-olah menggambarkan satu usaha terdesak media menyerang pembangkang menjelang PRU-13 ini sebenarnya," tulis blogger itu lagi.

 

 

sumber: Harakah Daily

 

5 comments:

  1. "Maruah dan imej saya sebagai pemimpin politik kini tercalar gara-gara penyiaran gambar saya serta ahli keluarga yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini".... mcm tu la perasaan PM & isterinya dan lain lain pemimpin UMNO bila kena fitnah....ada blogger pro pembangkang & pemimpinnya ambik kesah perasaan mereka ..????

    ReplyDelete
  2. betul tu .. bila depa tuduh PM mcm2 tak pernah pk maruah keluarga PM mcmna..bila kena kat batang hidung sendiri tau pun malu..

    ReplyDelete
  3. AnonymousAugust 29, 2012 6:10 PM
    setuju dengan anda...

    ReplyDelete
  4. tu la,kalau main politik didahulukan dengan fitnah, maka akan dapat fitnah juga. fitnah memfitnah ni bukan hang sorang yang kena, pemimpin BN dah lama dah dok kena. kalau tak mau kena fitnah kita jangan fitnah orang.

    ReplyDelete
  5. tau malu rupa nya puak haprak pembangkang kihkihkih..kena batang hidung sendiri tau plak marah piiiiiiiiraahhhhhhh

    ReplyDelete