Minda Hijrah Headline Animator

Friday, August 24, 2012

'Perang dingin' PKR-DAP Pulau Pinang kerana GILA KUASA?

Adakah benar sedang berlaku perang dingin antara PKR dengan DAP Pulau Pinang yang turut melibatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dalam diam, pakatan itu juga didakwa saling tidak mempercayai antara satu sama lain akibat ingin mempertahankan survival politik masing-masing di negeri ini.

Bahang ini menjadi lebih panas apabila sejak seminggu lalu, heboh mengenai beberapa dokumen yang didakwa sebagai 'Minit Mesyuarat Strategik PKR PP' yang antara lain dikatkan turut mengandungi kecaman terhadap Guan Eng.

Dalam minit yang didakwa dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri

1, Datuk Mansor Othman yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang dan dihadiri lapan ahli jawatankuasa PKR Negeri antara lain membincangkan pelbagai perkara berkaitan PRU, calon yang akan bertanding, calon yang akan digugurkan serta 'habuan' yang boleh diraih jika PR berjaya menawan Putrajaya termasuk mengisi pelbagai jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmatan diplomatik.

Ia turut mencatatkan bahawa Guan Eng sebagai seorang yang sombong dan sukar digugat. PKR juga didakwa sedang merangka tindakan tertentu untuk memastikan calonnya berjaya dalam PRU, termasuk menyediakan calon 'tambahan' untuk pertembungan tiga penjuru dengan calon DAP dan Barisan Nasional (BN) di kawasan tertentu.

Bagaimanapun, Mansor ketika dihubungi Sinar Harian, semalam, menafikan wujud minit mesyuarat seumpama itu.

"Tiada minit mesyuarat seperti itu. Esok (Jumaat) ada PC (sidang media) di pejabat saya jam 9.30 pagi," katanya.

Bagaimanapun, ketika mengadakan rumah terbukanya di Guar Perahu pada hari raya kedua, beliau dipetik sebagai berkata tidak dapat menerima kebocoran minit mesyuarat berkaitan persiapan menghadapi PRU akan datang di Internet.

Untuk itu, Mansor berkata memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri itu juga melahirkan rasa kecewa kerana minit mesyuarat itu disiarkan secara bulat-bulat dalam satu blog yang tidak dikenali.     

Sementara itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, parti itu memandang serius dakwaan Mansor dalam minit mesyuarat berkenaan yang menyebut Guan Eng sebagai sombong atau sukar digugat.

Beliau berkata, DAP negeri memandang berat isu minit mesyuarat strategik PKR Pulau Pinang berhubung persiapannya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Bagaimanapun, DAP negeri akan menunggu penjelasan rasmi Mansor sebelum membuat sebarang kenyataan lanjut," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, DAP Pulau Pinang tidak ada apa-apa permintaan untuk kerusi tambahan selain menolak kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam kalangan rakan PR.

"Sebarang komen berhubung susunan atau agihan kerusi di Pulau Pinang yang terkandung dalam minit mesyuarat strategik PKR itu seperti disiarkan berita portal berita adalah rekaan semata-mata yang tidak mencerminkan realiti," katanya.

No comments:

Post a Comment