Minda Hijrah Headline Animator

Friday, August 24, 2012

Mandur PKR kata Kenyataan Mahathir bukti gaya diktator Kah! Kah! Kah!

PKR mendakwa kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi blognya semalam dengan sendiri menunjukkan beliau seorang pemimpin diktator, sekali gus tidak menghormati hasrat rakyat.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, R Sivarasa berkata, apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir adalah kenyataan yang biasa dibuat diktator walaupun mereka tidak lagi berkuasa.

"Jelas beliau hanya mahu kerajaan sedia ada terus kekal berkuasa seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan lain dari luar negara yang menggunakan cara autoritarian seorang diktator," kata Ahli Parlimen Subang ini pada sidang media hari ini.

Menerusi entri blognya semala, Dr Mahathir berkata, rakyat tidak wajar memberi mandat percubaan kepada pembangkang untuk memerintah negara selama lima tahun sebagai langkah berbahaya.

Bekas perdana menteri itu berkata, ini kerana langkah itu boleh merosakkan banyak perkara.

Dr Mahathir berkata rakyat perlu melihat rekod Barisan Nasional (BN) memerintah negara sejak kemerdekaan dan membandingkannya dengan negara lain yang mencapai kemerdekaan pada waktu sama, atau dengan negara barat yang maju.

"Mereka berada dalam kesulitan kewangan yang teruk, dan cuba sedaya mungkin, tetapi tidak dapat mengatasi krisis itu," katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh krisis kewangan 1997-1998, timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada masa itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mencuba  penyelesaian Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) tanpa pinjaman IMF dan bank dan syarikat-syarikat menghadapi ancaman bankrap akibat pinjaman tidak berbayar, kenaikan kos import serta kos sara hidup.

Beliau berkata Anwar hanya berminat untuk memegang pucuk pimpinan Umno supaya dapat menjadi perdana menteri dan berkata: "Bagaimana beliau mencapai sasarannya itu tidak perlu lagi diperinci," katanya lagi.
 

No comments:

Post a Comment