Minda Hijrah Headline Animator

Monday, August 13, 2012

Masyarakat Pondok Tolak PAS

Tuan Haji Abdullah Saamah, pengasas pondok Mahiliah Geting Tumpat telah menegaskan bahawa membantu memenangkan DAP, berjuang bersama DAP atau dalam ertikata lain, bekerjasama dengan DAP, hukumnya adalah haram. Antara ulama yang menyokong pandangan ini ialah Tan Sri Harussani.

Ini menunjukkan bahawa kedua-dua Ulama berjawatan dan Ulama pondok juga berkongsi pendapat yang sama.

Dari segi kelayakan, Ulama berjawatan seperti Tan Sri Harussani tentulah tidak perlu dipertikaikan lagi.

Manakala Ulama pondok pula, seperti Tuan Haji Abdullah Saamah juga bukan calang-calang tinggi kelayakannya kerana beliau telah berguru di berbagai tempat antaranya, Pondok Berangan, Pondok Pohon Durian Jahar, Pondok Bermin, Pondok Hj. Ismail Tok Som, Pondok Pujuk Dusun Belaga dan akhirnya di Mekah di mana beliau berguru dengan empat orang guru selama 12 tahun. Tempoh pembelajaran beliau di kesemua pondok-pondok tersebut termasuk Mekah adalah melebihi 27 tahun.

Oleh itu, apabila kedua-dua golongan Ulama ini bersatu dalam memberi pendapat mengenai haramnya menyokong dan bekerjasama dengan DAP, maka ia bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan atau diketepikan. Ini kerana, soal sokongan dalam parti politik akan menentukan masa depan ummah dan agama Islam di negara ini.

Ini bukan kali pertama Tuan Haji Abdullah Saamah menegur kepimpinan PAS yang semakin celaru dan sesat bersama DAP. Pada tahun 2010, beliau penah menegur PAS kerana berpolitik di dalam masjid iaitu berceramah dan menyampaikan khutbah atau tazkirah yang bertujuan menyebar kebencian dan memecahbelahkan ummah.

Akibatnya, beliau telah dicerca oleh ahli-ahli PAS sebagai 'anjing yang menjelir lapar dibeli UMNO', digelar oleh Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah sebagai 'unta' dan dimaki 'celako! celako!' oleh Nik Aziz sendiri.

Sebagaimana sewajarnya sikap seorang Ulama, Tuan Haji Abdullah tidak pula melenting dengan PAS tetapi meneruskan teguran beliau pastinya dengan harapan agar dapat membawa pulang ahli-ahli PAS, kalau pun tidak pemimpinnya, ke pangkal jalan.

Malang sekali, walau apapun teguran yang diberi, ahli-ahli dan pemimpin PAS tetap berdegil untuk bersama DAP. Malah Dato' Harun Din juga mula mengeluarkan kenyataan di dalam Harakah, membela DAP dengan menafikan parti tersebut sebagai kafir harbi. Menurut beliau, kafir harbi tidak wujud selagi tidak wujud Negara Islam yang sebenar.

Tanpa beliau sedar bahawa Negara Islam yang sebenar tidak mungkin wujud selagi ada kafir harbi yang menentangnya. Lebih-lebih lagi jika Harun Din sendiri membantu memenangkan si kafir harbi yang ingin memastikan agara Negara Islam tidak akan wujud sama sekali.

Dato' Harun Din mungkin seorang Ulama yang mempunyai kelayakan rasmi namun nampaknya beliau juga menjadi celaru dan keliru akibat terlalu sayangkan persahabatannya dengan kafir harbi DAP. Inilah akibatnya bila seorang Ulama yang berkelayakan seperti Harun Din meletakkan dirinya di bawah jubah Ulama jalanan atau Ulama angkat bakul seperti Nik Aziz dan Hadi Awang.

Bukanlah kita sengaja hendak menghina kedua-dua 'Ulama' PAS ini tetapi kita tertanya-tanya apakah kelayakan mereka yang meletakkan mereka jauh lebih tinggi dari para mufti dan juga Ulama-ulama pondok yang berpuluh-puluh tahun menghabiskan hidup mereka dengan berguru dalam bidang agama?

2 comments:

  1. sampai sekarang harundin membisu seribu bahasa dlm isu ini....hilang respect aku kat dia ni....dulu ceramah berdegar degar....siang malam...seluruh malaya.....beritahu beza ulama tulin & ulama cinta donia....sekarang apa sudah jadi????

    ReplyDelete
  2. aku pernah jumpa Tan Sri Harussani. Beliau humble dan xsuka memaki. Bg ak, ulama xperlu maki atau mencaci..sebab cacian dan makian yg dikeluarkan buat aku hilang respect terhadap mereka.

    ReplyDelete