Minda Hijrah Headline Animator

Friday, August 3, 2012

Janji Biayai Kos Guaman Rafizi Ramli, MB Khalid Ibrahim digesa bertaubat

Sempena bulan Ramadhan dan Hari Jumaat yang mulia ini, bersama-sama kita berdoa dan menyeru kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya bertaubat kepada Allah kerana mahu bertindak menggunakan wang rakyat Selangor demi kepentingan ahli PKR semata-mata.

 

Semoga beliau diberi petunjuk dan hidayah dari Allah. Ameen.

 

rocky-my Mohamad

 

 

Janji Selangor Mahu Biaya Kos Guaman Rafizi & Johari Dipertikai

 

Keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menyediakan dana khas RM5 juta daripada Geran Selangorku untuk membiayai kos guaman Mohd Rafizi Ramli dan kerani Public Bank, Johari Mohamad dipertikaikan ramai pihak.

 

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Dr Jacob George berkata tindakan itu tidak wajar kerana menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya untuk menyelamatkan individu yang berkepentingan dalam sesebuah parti.

 

"Pada saya jika kerajaan negeri Selangor hendak menolong Rafizi, mereka boleh membuat satu tabung bebas di mana di situ boleh tolong-menolong Rafizi.

 

"Mereka boleh galakkan sesiapa sahaja untuk memberi sedikit bantuan kepada Rafizi di situ," katanya kepada Antarapos.

 

Jacob berkata tindakan kerajaan negeri itu bercanggah dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menguruskan dana kerajaan negeri.

 

"Untuk kegunaan waktu ini, kerajaan negeri dengan menggunakan platform ketelusan dan kebertanggungjawaban, jadi apabila kerajaan menggunakan slogan itu, maka cakap perlu serupa bikin," katanya.

 

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Belud, Rahman Dahlan pula menyifatkan tindakan kerajaan Selangor menawarkan pembiayaan guaman Rafizi sebagai gimik politik pembangkang yang mahukan publisiti dengan meraih simpati rakyat.

 

"Tindakan kerajaan negeri Selangor untuk memberikan pembiayaan adalah satu perkara yang tidak pernah kita lihat di mana-mana pun.

 

"Malah di pihak kerajaan Persekutuan pun dalam kes-kes yang melibatkan kerajaan, atau melibatkan individu sudah tentu duit kerajaan tidak boleh buat begitu, jadi kes Rafizi ini hanya gimik kerajaan negeri," katanya.

 

Armand Adha Abu Hanafiah, Presiden Pertubuhan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) turut mempersoalkan kewajaran tindakan kerajaan Selangor itu.

 

"Persoalannya di sini, apakah asas dan keperluan sehingga kerajaan Selangor menanggung kos guaman Rafizi sedangkan beliau mampu? Apakah relevannya buat kutipan derma titik peluh rakyat Selangor sedangkan gaji Rafizi sebelum ini puluhan ribu ringgit sebulan yang dibayar oleh Kerajaan Negeri?

 

"Saya sebagai warga rakyat Selangor sama sekali tidak setuju dengan tindakan pihak MB Selangor dalam isu ini kerana ianya melibatkan pemimpin PKR yang hakikatnya cukup mampu untuk menangani masalahnya sendiri. Kalau nak bayarkan pun, adalah PKR, parti beliau sendiri dan bukannya kerajaan negeri.

 

"Duit kerajaan negeri Selangor adalah hak rakyat, bukannya hak kepentingan krooni-kroni pakatan. Selesaikanlah dulu masalah rakyat Selangor seperti isu sampah dan isu air, kerana ianya merupakan kepentingan dan hak rakyat Selangor, bukannya hak Rafizi Ramli," ujarnya seperti dilaporkan sahabat gunung.com.

 

Laman suarapakatanrakyat.com melihat langkah itu tidak wajar kerana Rafizi dan Johari bukan anggota pentadbiran mana-mana badan berkaitan kerajaan negeri.

 

Rafizi telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bulan lepas, manakala Johari adalah bekas kerani Public Bank.

 

"Pertikaiannya disitu, dana negeri sepatutnya dibelanjakan mengikut keperluan negeri dan rakyat, bukan keperluan peribadi. Apatah lagi bila peguam yang dilantik juga terdiri daripada pemimpin PKR sendiri iaitu N Surendran!!

 

"Tidakkah ini secara jelas menunjukkan kerajaan negeri sebagai pengamal kronisme yang tegar? Kalau nak buat sangat pun, tidak adakah pendekatan yang lebih 'selamat', kenapa mesti nak menunjuk secara terang terangan?," soal laman itu.

 

Semalam, Rafizi dan Johari didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan melanggar Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

 

Mereka tidak mengaku salah atas dakwaan tersebut.

 

Timbalan Pendakwa Raya, Nahra Dollah menuntut agar wang jaminan terhadap Rafizi dan Johari dikenakan sebanyak RM100,000 sebelum peguam pembela, N. Surendren merayu agar mahkamah mengurangkannya.

 

Pihak pendakwa juga meminta agar mahkamah menahan pasport antarabangsa milik Rafizi

 

Rafizi dan Johari diwakili oleh peguam N. Surendran yang juga Naib Presiden PKR.

 

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin masing-masing ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula kedua-dua kes pada 10 September ini dan kedua-dua kes dibicarakan serentak.

 

Penjamin Rafizi adalah Nik Nazmi Nik Ahmad, Adun PKR Seri Setia.

No comments:

Post a Comment