Minda Hijrah Headline Animator

Friday, August 3, 2012

HUDUD : Tua kutuk Kapal Singh diminta 'bertaubat, dianggap liabiliti dan 'outdated'

Hina Karpal: Ketua Pemuda PAS Terengganu Patut Dipecat

 

MOHD Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung dipetik sebuah akhbar tempatan hari ini sebagai berkata "Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah liabiliti (kepada Pakatan Rakyat) dan oleh itu patut berhenti dari politik" (Quit as you're a liablitiy, Karpal Told).

 

Semuanya lanjutan dari soal menegakkan hukum hudud yang timbul semula setelah Ketua Pemuda PAS, Nasarudin Tantawi mendakwa Karpal sudah menerima hukum hudud semasa berdebat dengan Ketua Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Jahaya baru-baru ini.

 

Penulis sebetulnya sudah letih nak bercakap soal hudud ini.  Tak tahulah nak berapa kali mesyuarat, nak berapa kali kenyataan akhbar perlu dikeluarkan untuk menjelaskan yang hudud bukan sebahagian daripada agenda Pakatan Rakyat.

 

PAS sebagai sebahagian dari komponen Pakatan Rakyat patut menerima ini (penolakan hudud) sebagai matlamat perjuangan, bukan masih berkeras itu adalah agenda mereka, Pakatan Rakyat tidak seharusnya masuk campur dan sebagainya.

 

Tapi sebaliknya berlaku isu hudud ini masih ditimbulkan, sehingga membawa kepada cabaran supaya Karpal berundur, apa semua ni?

 

Siapa Nor Hamzah untuk meminta pemimpin veteran DAP ini berundur?  Berapa besarkah dia dibanding dengan Karpal?  Tak silap penulis Nor Hamzah baru penggal ini sahaja menjadi ADUN, dibanding dengan Karpal yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Ahli Parlimen!!

 

Nampak sangat Nor Hamzah tidak layak untuk bercakap soal politik, apatah lagi meminta pengunduran Karpal.

 

Dia dan Nasarudin Tantawi adalah antara beberapa kelompok dalam PAS yang menjadi duri dalam daging berhubung isu hudud ini.  Telah banyak kali dijelaskan oleh kepimpinan tinggi Pakatan Rakyat yang hudud bukan agenda, hudud tidak akan dilaksanakan kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat, 'ulat-ulat' ini masih lagi bermain irama yang lama.

 

Penulis tidak mahu cakap banyak, yang penulis mahukan ialah PAS mengambil tindakan tegas terhadap Nor Hamzah kerana kenyataan kurang ajarnya terhadap Karpal Singh.

 

Jika Datuk Dr. Hasan Ali boleh dipecat kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim, penulis tidak nampak sebab kenapa PAS tidak boleh mengambil tindakan yang sama terhadap Mohd Nor Hamzah.

 

Sumber : www.suarapakatanrakyat.com

 

 

5 comments:

  1. Sudahlah weeiii... Choi Soi Lek bising kat twiter.. terus senyap UMNO johor.. terketar2... langsung takde bunyi,... sampah tetap sampah

    ReplyDelete
  2. kira sbb umno la pas tak perlu buat apa apa kat karpal

    ReplyDelete
  3. dah malu takut dgn pas, kena la jugak sebut nama umno ye. umno jadi contoh kpd pas, ngat kan pas pandai rupa nya bodoh ikut umno , umno diam kat soi lek maka pas berhak diam kat karpal. bengap punya kenyataan

    ReplyDelete
  4. "Sudahlah weeiii... Choi Soi Lek bising kat twiter.. terus senyap UMNO johor.. terketar2... langsung takde bunyi,... sampah tetap sampah"..

    Well, DAP dah berpuluh kali bising kat PAS, lagi PAS mau kelentong orang ramai kata DAP setuju dengan hudud. Lepas tu tiap kali Karpal bising, PAS terketar2 takut dgn Karpal, sampai nak buat negara kebajikan terus,sampai kata Al-Quran dan sejarah tak pernah ada istilah negara Islam, sampai Hadi terpaksa mengaku hudud tidak boleh dilaksanakan sebab syarat2 buat hudud belum selesai. PAS kaki putar belit betul la..

    sampah tetap sampah lah tu wooi.. tgk diri sendiri dulu sblm kutuk orang lain.

    ReplyDelete
  5. PAS gagal tarbiah Karpal dan kini cuba tipu rakyat bahawa DAP sudah terima hudud. Politik sampah Pakatan pembangkang :)

    ReplyDelete