1. Isu Wan Azizah boleh bertanding DUN sebenarnya adalah strategi kumpulan beliau utk memberi amaran kepada kumpulan Azmin Ali bahawa beliau sedia kembali ke arena politik Nasional.
2. Dengan kekalutan yang sedang dihadapi oleh MB TS Khalid Ibrahim ekoran pendedahan Raja Petra (RPK) tentang bagaimana kumpulan Azmin Ali seperti Sivarasa Rasiah dan Lateefa Koya menikmati kontrak2 kerajaan negeri dan PBT serta serangan bertali arus terhadap MB Selangor terutamanya kpd Faekah Husin, sudah tentu Wan Azizah sedia membantu TS Khalid Ibrahim.
3. Bukan ramai dalam PKR sendiri tak tahu betapa rakusnya kumpulan Azmin Ali bermaharajarela. Seringkali berbuat kacau dan sabotaj terhadap pentadbiran kerajaan negeri dgn menyamun kontrak2 dan tender2 sesama kroni.
4. Menurut sumber dalaman parti, Jika benar Wan Azizah boleh bertanding DUN, maka hampir pasti Presiden PKR itu akan bertanding di Selangor dan diangkat menjadi MB Selangor jika pembangkang mengekalkan penguasaannya di Selangor.
5. Maka pertarungan sengit menentang kegilaan Azmin Ali akan bertambah rancak. Dan sudah pasti pemilihan PKR nanti akan ada usaha menjatuhkan Azmin Ali demi menghalang beliau dan pengikut2nya dari terus melakukan kerosakan diatas muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment