Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, July 25, 2012

UMB, Tun Faisal & Blogger APA : Satu Pencerahan

1. Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat tepat tentang beberapa perkara berkaitan tajuk entri ini selepas terbaca beberapa artikel berkaitan isu ini juga.

2. Saya adalah antara blogger yang bersama-sama dengan blogger APA bernaung dibawah UMB dan dari situ saya dapat berkenalan lebih rapat lagi. Kemasukan blogger APA dalam UMB juga ada saya paparkan di blog ini.

3. Banyak cerita saya yang dengari tentang blogger APA dari pelbagai pihak namun demi keadilan sebelum saya membuat penilaian maka saya dengar kisah-kisah 'panas' dari mulut beliau sendiri.

4. Walaupun kemasukan blogger APA dalam UMB mencetuskan banyak reaksi negatif terutamanya terhadap Pengerusi UMB, namun saya tetap sokong niat baik Tun Faisal yang mahu membantu blogger-blogger terbiar termasuk blogger APA dan saya sendiri untuk bernaung dibawah UMB.

5. Malangnya, langit tidak selalunya cerah. Kisah silam & tragedi yang telah berlaku terhadap blogger APA nampaknya memberi kesan mendalam hinggakan blogger APA bertindak diluar batasan yang telah ditetapkan UMB. Sebab itu beliau sendiri mengumumkan untuk keluar dan tidak bernaung dibawah UMB demi kepentingan rakan-rakan seperjuangan yang lain.

6. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah gambaran tentang apa yang telah berlaku pada blogger APA dan juga kepada Tun Faisal sendiri yang membenarkan blogger APA berteduh dibawah bumbung UMB. Dan amat malang sekali, banyak cerita-cerita karut kedengaran diluar.

7. Saya ingin berpesan kepada diri saya dan rakan-rakan yang menulis tentang blogger APA dan UMB dengan peringatan Allah, "Dan jangan kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya" (Al-Quran 17;36). Dan ayat peringatan Allah ini juga disampaikan oleh Ustaz Fathul Bari ketika Konvensyen Media Sosial 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan. Saya mencadangkan supaya dapatkan sendiri penjelasan dari tuan punya badan sebelum kita mahu membuat penilaian.

8. Saya faham niat dan tindakan Tun Faisal untuk membantu blogger APA tetapi apakan daya, kita sendiri maklum & faham keadaan yang sebenar-benarnya. Namun saya tetap bersyukur kerana UMB memberi ruang dan bantuan kepada saya dan blogger APA.

9. Kepada sahabat saya blogger APA, pendirian saya jelas: Perbezaan pendapat antara kita tidak akan sama sekali memutuskan ikatan silaturrahim. Apa-apa pon, saya tetap anggap blogger APA adalah 'blogger biol'

Bersambung nanti .... PEACE YA :)

8 comments:

  1. baru tau blogger APA 2 biul ker? kesian...

    ReplyDelete
  2. Memang saya dh lama cakap depan APA yang dia blogger biol. Tp dia masih tetap sahabat saya :)

    ReplyDelete
  3. Nabi pun ada berpesan lebih kurang maksudnya.....

    Jika nak tahu perangai seseorang, lihatlah siapa kawan-kawannya.

    ReplyDelete
  4. Xpkr semua mcm tu. tun faisal pun biol.

    ReplyDelete
  5. Nak perguna dan diperguna.. sidiri faham sudah lah

    ReplyDelete
  6. Didalam keadaan yang memerlukan tuan membuat pilihan dan ketetapan, dimana ketetapan itu menjelaskan sempadan, saya percaya tuan telah tahu dan yakin bahawa ilmu itu amat berguna sebagai panduan dalam kita menyusun langkah. Tanpa ilmu dan tidak sedia menerima teguran/bimbingan akan membawa diri terkeluar dari saf perjuangan. Manakala mengambil keputusan keluar dari jamaah mencerminkan tidak percaya kepada prinsip perjuangan.Individu sebegini bukan sahaja akan menjadi bebanan malah mampu merencatkan jentera dan silaturrahim. Karektor yang sukar difahami kerana bersifat introvert. My advice, dont waste your time on this bum.

    ReplyDelete
  7. Blogger A.P.A hanyalah catur yang dimainkan oleh BOSSNYA... Jika bossnya suruh dia gerak ke kiri... Dia gerak ke kiri... Kalo bossnya suruh ke kanan, dia ke kanan... Kalo bossnya suruh mara... Dia mara... Mana mungkin blogger tak bertuan yang tidak ada apa-apa jawatan dalam parti boleh mengetahui bermacam-macam cerita dalam UMNO... Kecuali ada seseorang menyuruhnya menulis artikel tsb...

    ReplyDelete