HANYA orang lembap sahaja yang menjajakan
Saya pernah bekerja di bawah pentadbiran Dr. Mahathir secara tidak langsung sebagai Ketua Pengarah Imigresen, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan secara langsung sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.
Memang benar beliau terlalu ketat menetapkan sasaran kerja pegawai dan menteri Kabinet. Semasa di Bahagian Pencen, saya pernah menerima arahan daripadanya untuk menyediakan kertas Kabinet pada pukul 4.30 petang dan perlu disiapkan malam itu juga untuk mesyuarat Kabinet pada keesokan harinya.
Alhamdulillah, Allah bukakan minda saya untuk menyiapkan kerja yang diberi, tanpa bantuan setiausaha kerana ketika arahan diterima melalui telefon, beliau telah pulang.
Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Dr. Mahathir kerana diberi peluang melakukan ujian seperti itu semasa saya bekerja sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pencen lagi.
Semasa saya bekerja di Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan di bawah Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim - iaitu sebagai Setiausaha Majlis Pembangunan Negara dan Setiausaha Kabinet mengenai Infrastruktur dan sebagai ahli dalam pelbagai mesyuarat penting lain, Dr. Mahathir sentiasa serius tetapi memberi peluang berbincang dengan bebas tanpa meninggikan suara.
Arahannya mudah difahami dan sasaran kerja yang ditetapkannya sentiasa mencabar minda dan kesabaran.
Kenapa begitu? Beliau pernah menyatakan bahawa 'minda seseorang itu kalau tidak dicabar atau tidak tahan diuji, tidak akan berkembang'.
Berlainan pula Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam mesyuarat saya pernah menyaksikan beliau meninggikan suara menegur kesilapan seseorang termasuk Timbalan Menteri, ahli Exco Negeri Pulau Pinang dan Ketua Jabatan.
Alhamdulillah, saya tidak pernah menjadi sasarannya. Dalam hal memberi keputusan Dr. Mahathir sentiasa konsisten berpandukan dasar yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan kerja kami di UPP menjadi 'mudah' walaupun tanggungjawabnya amat berat. Tetapi Anwar Ibrahim ada sekali sekala memberi kami kesulitan apabila keputusan dan arahannya bercampur baur dengan kepentingan politik.
Walaupun saya bukan ahli politik, tetapi pilihan saya antara kedua-duanya sebagai ketua yang berwibawa dan berjiwa besar adalah Dr. Mahathir.
Penulis adalah DATUK SYED ALWI SYED NORDIN dan disiarkan di Utusan
Hanya mereka yang mempunyai near no-brainer sahaja yang mahukan Anwar Ibrahim. Warga pentadbiran sedar bahwa Dr Mahathir adalah pemimpin yang terbaik, tetapi Anwar bijak menawan hati massa dgn menyebar kebencian dan mempersoal kredibiliti. Pencapaian beliau semasa berkuasa adalah zero atau mudharat. Tapi adakah menyokong beliau sedar atau sengaja tak mau sedar?
ReplyDelete