Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, July 24, 2012

“Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, PAS cakap Bohong Layak jadi Balaci DAP”

Entah kenapa bega sangat dan degil nak mampus Ketua Pemuda PAS Pusat yang terus berbohong kepada rakyat bahawa DAP sedia terima Negara Islam dan hukum Hudud?

 

Apakah bagi PAS amalan berbohong itu mendapat pahala dan Allah redha kamu berbohong demi kuasa politik ?

 

Sebenarnya apa yang berlaku kepada PAS adalah balasan Allah kepada golongan ini yang engkar terutamanya kerana sanggup berkerjasama dengan Syaitan.

 

Terus terang saya katakan, Ini adalah balasan Allah kepada PAS kerana Allah bukan lagi pelindung kepada mereka. Nilaikan tindakan Ketua Pemuda PAS sendiri syang udah merapu dan nyanyuk. Tidak sedar diri dengan apa yang berlaku.

 

Semoga kita bukan dari golongan mereka.

 

 

 

 

Nasrudin pertahan DAP kompromi terima hudud

 

KUALA LUMPUR 23 Julai - Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan hari ini tetap mempertahankan fakta berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi untuk melaksanakan hukum hudud walaupun ia disanggah oleh Pengerusi DAP itu.

 

Bukan itu sahaja, malah Nasrudin turut mempertahankan fakta yang menyatakan bahawa Pas merupakan parti dominan dalam pakatan pembangkang.

 

Sehubungan itu beliau mencabar mana-mana pihak menganjurkan satu lagi perdebatan sekiranya mereka mendakwa dua fakta yang dikemukakannya itu ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya pada Khamis lalu sebagai satu pembohongan.

 

''Kedua-dua fakta ini saya kemukakan dalam debat. Sepatutnya kalau ia satu pembohongan maka ia perlu dipatahkan dalam debat tersebut. Jika mereka tidak berpuas hati aturkan satu lagi siri debat terbuka dan jemput kami.

2 comments:

  1. Patahkan lagi dalam tersebut? Haha bangang. Boleh buat, lepas 2 kalau dia ckp benda sama, suh ustaz fathul call terus karpal on the spot. Tgk camner si Pas nak spin lg. Kanak2 sungguh pas, bongkak n takbur tak nak mengaku salah.

    ReplyDelete
  2. Bongkak dan takabur adalah perbuatan Syaitan, malangnya Pemimpin PAS punyai sikap sedemikian rupa

    ReplyDelete