"Cerita pasai artis masuk PAS ni tak pernah mengujakan aku. Tak kira la Bob Lokman ka, Abby Abadi ka, Aisyah ka hattan kalau Ning Baizura sekali pun," kata blogger Cenangau dengan tajuk "Artis Bukan Askar Upahan tapi RM2,500 sekali ceramah?".
Blogger muhaiminsulam mendedahkan PAS sememangnya membuat bayaran tertentu kepada artis itu setelah selesai sesuatu program ceramah, namun tabiat artis meletakkan harga laksana askar upahan.
"
"Askar upahan seperti juga para demonstran di
Tambahnya, artis tetap artis, bukan ahli politik atau pemidato.
"
"Tapi aneh, mengapa harus mereka menjadi pemidato politik atau ahli panel berbanding kehebatan mereka sebagai artis!
"PAS telah mengubah artis menjadi makhluk lain atau artis itu yang sudah berubah menjadi ahli politik jadi-jadian?,:katanya lagi.
Sebelum ini, blogger orang ni mendedahkan beberapa artis tertentu, meminta bayaran RM2,500 sebelum mereka menaiki pentas ceramah.
"Apa mau nak dikatakan,diungkapkan atau nak diterjemahkan…kalau sesetengah artis sekali naik pentas ceramah penganjur kena bayar sehingga RM2,500..!!! Inilah desas desus yang bertiup kencang didalam PAS sekarang," katanya.
Semua komen-komen di atas merupakan luahan ketidakpuasan hati blogger-blogger pro-PAS terhadap fenomena artis masuk PAS disebabkan bayaran tertentu.
Sementara itu, kartunis Zunar yang pro Keadilan sejak tahun 1998 melihat situasi artis menjadi penceramah Pakatan Rakyat (PR) yang tidak memberi banyak nilai tambah kepada pembangkang.
Menurutnya, apa yang lebih parah lagi apabila golongan artis yang menyertai PR ini mula berceramah agama dan menyesali kehidupan lama mereka sebagai seorang seniman.
"Apa yang saya dapati sekarang ini, mereka (artis) hanya berceramah," kata Zunar dalam temubual bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
Kadang kala artis itu turut berceramah agama lagi.
Menurut Zunar, golongan artis yang menyertai PR kebanyakannya tidak faham bahawa mereka masih lagi seorang artis yang dikurniakan bakat istimewa dan tidak ada istilah bersara dalam aktiviti seni.
No comments:
Post a Comment