Minda Hijrah Headline Animator

Monday, July 23, 2012

Fathul Bari : DAP Sudah Update Maklumat, Tidak Kompromi Soal Hudud

Gesaan Ketua Dewan Pemuda PAS, ustaz Nasruddin Tantawi supaya ustaz Fathul Bari mengemaskini maklumat terjawab apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kenyataannya dalam New Straits Times (NST) hari ini masih berpegang dengan prinsip lama iaitu tidak berkompromi dengan hukum hudud.

"Bila keluar kenyataan dalam akhbar NST hari ini, saya agak terkejut apabila Karpal Singh menyatakan bahawa beliau masih lagi tidak menerima (hudud)

"DAP tidak menerima ini telah kita ketahui tentang pelaksanaan hudud di negara ini, cuma kita tidak mengetahui berlangsung atau tidak perbincangan-perbincangan sesama mereka.

"Berlangsung atau tidak kenyataan-kenyataan seperti 'kami menerima'..tetapi secara jelas pada hari ini saya kira ustaz Nasruddin dan sahabat-sahabat PAS dan semua rakyat Malaysia perlu kemaskini maklumat bahawa DAP masih lagi dengan pegangan mereka iaitu tidak ada kompromi dalam isu seperti ini,"kata ustaz Fathul Bari.

Karpal Singh seperti dilaporkan NST menyatakan kemarahan melampau apabila Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi telah menyarankan bahawa beliau telah bersedia untuk mempertimbangkan undang-undang itu di negara ini dalam debata politik anjuran Sinar Harian, 19 Julai.

"Saya tidak akan bertolak ansur," kata Karpal dalam satu temubual telefon dengan akhbar New Straits Times.

"Saya sentiasa dikenali umum dan mutlak dengan pendirian saya bahawa tidak akan bersetuju hudud dilaksanakan di negara ini … bagaimana pula boleh dia (Nasrudin) mendakwa perkara seperti ini?" katanya yang terkenal sebagai pembangkang kuat untuk sebarang percubaan memperkenalkan undang-undang Islam di negara ini.

2 comments:

  1. pas masih tidak dapat terima kenyataan bahawa dap tidak redha dengan Islam

    ReplyDelete
  2. ini jelas menunjukkan bahawa barisan pimpinan PAS banyak becakap BOHONG pd rakyat..bercakap membabi buta tampa fakta..bercakap utk menang pilihan raya saja..MALU...MALU...MALU

    ReplyDelete