Saham FGV: Fatwa Mengharamkannya Perlu Dikeluarkan PAS
SALAH faham mengenai saham FGV yang berlaku di kalangan anak syarikat dan pemimpin negeri-negeri ditadbir Pakatan Rakyat kebelakangan ini berpunca dari tidak ada garis panduan jelas mengenainya dari sudut agama.
'Kesilapan' yang dilakukan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah malapetaka yang besar kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Ia tidak sepatutnya berlaku kalau Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak benar-benar teliti dalam menjalankan fungsinya sebagai Pengerusi syarikat.
Walaupun unit-unit saham itu akan dijual semula, percayalah ia akan tetap menghantui PAS dan Pakatan Rakyat buat satu jangka masa yang panjang kerana bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahadzir Khalid semalam mengeluarkan kenyataan menuduh Azizan sebagai penipu kerana 'tidak tahu' tentang pembelian saham-saham tersebut oleh PKNK.
Menurut Mahadzir (bekas Pengerusi PKNK), setiap cek melebihi RM 1 juta perlu ditandatangani oleh Pengerusi dan alasan 'tidak tahu' ini amat tidak benar sama sekali.
Masih belum diketahui cara mana PAS mahu menghadapi dakwaan terbaru ini tapi penulis yakin semua masalah ini tidak akan berlaku kalau kepimpinan PAS mengeluarkan fatwa mengharamkan saham FGV ini dari mula.
Apatah lagi penulis difahamkan, selain PKNK, ada lebih ramai pemimpin PAS sendiri yang mempunyai wang telah membeli saham FGV ini ketika ia mula dilancarkan. Penulis telah menerima senarai nama kebanyakkan pemimpin terlibat dan percayalah, sambutan di kalangan mereka ini terhadap saham tersebut nampaknya begitu hebat sekali.
Unit-unit saham yang dbeli masing-masing bukan sedikit, malah rata-rata melebihi 10 ribu unit.
Ada yang mengatakan kepada penulis, tindakan membeli saham FGV secara besar-besaran oleh pemimpin PAS ini ada kaitan dengan strategi-strategi tertentu yang mungkin berguna di masa hadapan. Bagaimana dan macam mana itu boleh dibuat, penulis kurang pasti kerana yang nyata sekarang PAS memang menolak sebarang pembabitan dalam FGV.
Sebelum semua maklumat ini terdedah, ada lebih baik kepimpinan PAS mengeluarkan fatwa yang penulis sebutkan di atas tanpa lengah lagi. Kita tidak mahu polemik berpanjangan mengenai isu saham ini akan menghantui PAS dan Pakatan Rakyat buat satu jangka masa yang panjang.
Penyudahnya nanti tidak sudah-sudah PAS dan Pakatan Rakyat dituduh sebagai hipokrit, depan rakyat cakap lain, belakang rakyat buat lain.
Perlu diingat, ada lebih 20,000 orang peneroka yang memilih untuk tidak menerima tawaran 800 unit saham yang ditawarkan secara percuma kepada mereka kerana yakin dengan penerangan PAS bahawa tanah mereka menghadapi risiko dijual bagi menampung kerugian yang mungkin disebabkan oleh FGV.
Tapi apakah perasaan mereka ini nanti bila mengetahui ramai di kalangan pemimpin PAS sendiri yang membeli saham-saham tersebut?
Semua ini perlu diuruskan dengan baik dari sekarang sebelum nama-nama yang penulis sebutkan di atas muncul.
Agak mengejutkan kerana ada khabar mengatakan PKNK bukan sahaja satu-satunya anak syarikat kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang membeli saham FGV ini, beberapa anak syarikat kerajaan negeri Kelantan dan Selangor juga didapati melakukan perkara yang sama!!
Sejauh mana benarnya dakwaan ini, ia perlu disiasat dan diambil tindakan selanjutnya oleh kerajaan negeri terbabit.
sumber: www.suarapakatanrakyat.com
rockyKCD - Banyak sudah fatwa-fatwa songsang PAS gunakan untuk mendapat kuasa Politik. Fatwa HARAM beli saham Felda memang wajar dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan sehinggakan anak syarikat Kerajaan negeri kedah boleh beli saham Felda.
No comments:
Post a Comment