Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, July 17, 2012

Beli Saham Felda, Keldai DAP Mazlan Aliman Tuntut Azizan Razak Jual & Mohon Maaf

ANAK desak PKNK jual balik semua saham FGVH

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) Mazlan Aliman mahu Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah (PKNK) menjual kembali saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sekiranya mereka telah membelinya.

"Kita konsisten dengan pendirian menentang FGVH. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam mesyuarat PAS Pusat.

"Jika benar, saya akan bantah kerana ia bertentangan dengan solidariti parti komponen Pakatan Rakyat.

"Kita juga akan mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan tersebut menjual saham dan memohon maaf pada rakyat," kata Mazlan yang juga ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Johor.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKNK yang membeli 500,000 unit saham peruntukan Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa  (MITI) untuk kuota bumiputera pada harga RM4.55 beberapa hari yang lalu.

Saham FGVH mula diperdagangkan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu.

Menurut Mazlan, beliau akan turut mengetengahkan isu ini kepada pimpinan PAS Pusat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ini kerana PKNK dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga adalah Pesuruhjaya PAS Kedah.

Bidas Timbalan Menteri

Mazlan turut berkata bahawa ANAK akan membuat pemeriksaan sama ada syarikat berkaitan kerajaan di negeri pimpinan Pakatan Rakyat lain turut ditawarkan untuk membeli saham FGVH.

Dalam perkembangan berkaitan beliau turut membidas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkenaan Himpunan Oren pada hari Sabtu.

"Kalau warga Felda sokong, adakah referendum dibuat atau peneroka diumpan dengan habuan sebanyak RM5,000 sebanyak tiga kali," kata Mazlan.

Menurut laporan media semalam, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kurangnya penyertaan peneroka  membuktikan kerajaan BN mengambil langkah yang betul yang disokong penuh oleh peneroka Felda.

"Pada perkiraan saya tak kurang dari 10,000 orang menyertai Perhimpunan Oren. Bagi peneroka Felda ia satu sejarah kerana tak pernah sekali pun sejak 1974 perhimpunan disertai peneroka untuk menyatakan bantahan," kata Mazlan.

Beliau turut mendakwa jumlah penentangan terhadap FGVH sebenarnya jauh lebih besar terutamanya di kalangan anak muda kerana mereka bimbang ibu bapa mereka ditipu.

Mazlan percaya bahawa penentangan anak muda yang terdedah kepada sumber maklumat Internet akan menampakkan kesan di dalam pilihan raya umum ke 13 kerana kawasan peneroka FELDA meliputi 54 kawasan parlimen.

Sumber : www.freemalaysiatoday.com

5 comments:

  1. Inilah pemikiran org melayu yg kolot dan mundur...

    Pembangkang selalu bercakap pasal demokrasi. Amalkanlah demokrasi dgn akur apa pendapat majoriti peneroka...

    Kalau majoriti sokong, ikut ajelah....kenapa pulak minoriti, nak jadi pengkhianat?


    Byk informasi dlm harakah, suara keadilan tentang FGVH tak betul dan telah berkali kali diperjelaskan oleh kerajaan. Kenapa penjelasan kerajaan tidak disiar dlm akhbar ni...

    Ramai penyokong parti ni terlalu taksub hingga tak baca akhbar lain....sebab tu mereka nilah yg sebenarnya tertipu.

    ReplyDelete
  2. Pi...rah... awai2 hampa dah pulun beli sampai aku pun tak dapat.... Jual la balik dgn harga ditawarkan.. aku nak beli... Cakap tak serupa bikin

    ReplyDelete
  3. bodoh betul malaaun ni.tuihhh..yg datang demo tu semua haprak pas..muka2 nila yg buat demo hijau,oren ,kelabu taik anjing..org felda yg waras n tau bersyukur xsokong pun.yg mana peneroka yg hutang bnyk,kuat main judi ,malas cam pork nik..ini la yg sokong lakhanat demo oren ni.

    ReplyDelete
  4. Diorg ni dah la takder hak bersuara, siapa ideologi lain sikit dari pemimpin diorg kena pecat, ni skang pun tak boleh buat benda lain sikit dari pendirian pemimpin. Memang dasar DIKTAKTOR pemimpin2 pembangkang ni. Haprak la cakap pasal nak bawak demokrasi, hak bersuara, hak itu hak ini. Semua nyer kena ikut HAK ketua2 mereka jer. Podah!

    Kalau dia nak terjun gaung, semua ahli dia wajib terjun gaung.. itu lah cara mereka. Demi Ego yang melampau sanggup melakukan apa saja. Itu yang kita tau beli secara pukal saham ni. Yang perseorangan beli senyap2 saham ni kita tak tau!! sudah la diorg ni. kaki menipu saja.

    Dasar bengap.

    ReplyDelete
  5. saya masa naik taxi dari pejabat menuju ke KLCC, driver cina ni kira dlm usia 70an tapi sihat, dalam perjalanan ada sikit bab politik tersebut keluar dr mulut mula malas nak layan takut perang mulut (almaklumlah cakap sikit dah melenting so kena hati2) habis 20min dia ceramah heheh .rupanya taxi driver cina (prihatin) ni cakap ada kebenarannya, "saya mau cakap sama lu, itu melayu sekarang suka tikam sama melayu, dulu tahun tahun tarak ini mcm, skrg wa tgk melayu byk jatuh tak bagus itu mcm, lu tahu darah dalam badan merah juga, apsal mau gaduh, itu PAS byk teruk, susah byk org, kasi perempuan susah, ada org tarak suka minum kopi kedai cina cakap haram tarak bersih, lu fikir hati lu bersih ka, kalau mau kira haram darah gua kasi derma pun haram (dia makan babi maa)..bla bla bla" anyway, saya mengaku ada ada jugak kaum puak PAS (kawan office dr Kelantan)esktrem kalau masuk nak minum kopi atau makan dlm kedai depan sogo mmg buat muka mcm sial, tapi benda lain siap balun, tak kosisten langsung ..cina pun ada yg esktrem tp ada benda mereka bersatu bab kaum mereka, kita ni melayu, dah rasa tinggi sgt ke mertabat kaum melayu sampai tak boleh nak bertolak ansur, nak berglamour pun biar cara betul, kalau bawa faedah kebaikan bersama tak mengapa, kalau sekadar nak cari perhatian, meresahkan hidup kaum kita buat apa, mcm tu juga bisnes, ada jatuh bangun, kalau cakap bab felda ni lingkup dulu lagi dah masa Tun Razak, tp TUN RAZAK tetap beri tanah walaupun tahu ada risiko dan yakin boleh bertambah maju, tapi berbaloi tak? Tentu ya, betapa senang sekarang orang Felda, boleh kata setiap rumah tu mesti ada paling tidak 32inci LCD TV, rumah banglow ala kampung, tile, granite keliling rumah, kami makan gaji pun tak mampu, kalau mampu pun kena fikir panjang hidup di kl kena beli apa yg sesuai dgn gaji sbb "syaitan2" cukup byk pengaruhi minda suruh beli itu beli ini, bini pula main tunjuk2, ada laki pulak turut cakap anak bini, itu pasal generasi skrg byk hancuhhhh. Jadi Pada ANAK kita nak tanya cina urus suka ke? Apsal bab nama Melayu, Kompeni Melayu, Orang Melayu nak urus suka buat onar, tikam sana sini? Tak bangga ka orang melayu maju, atau nak ANAK jadi ahli lembaga pengarah kot baru nak henti demo, cakap aaa nak jawatan kan senang...sewel

    ReplyDelete