Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, July 17, 2012

NCO - YB Nurul Izzah Wajar Lebih Bertanggungjawab #NCO_Nurul

Membaca kenyataan media YB Nurul Izzah tentang kontrak 'Network Centric Operation' (NCO) yang diberikan kepada Sapura Technologies Sdn Bhd membuat saya terfikir samada beliau memahami atau tidak beberapa penting berkaitan kontrak ini.

Yang pertama, ianya berkaitan keselamatan negara yang mana sudah tentu kontrak ini tidak boleh sama kali menjadi tender terbuka seperti tender kantin sekolah. Lebih-lebih lagi sebagai wakil rakyat, Nurul Izzah boleh mendapat maklumat lebih terperinci dari pihak kontraktor dan kerajaan. Jika ada kemahuan, disitu ada jalan.

Yang keduanya, kita patut bersyukur ada kontraktor tempatan seperti Sapura Technologies yang mampu membangunkan teknologi canggih ini tanpa perlu kita bergantung kepada syarikat asing ketika hampir keseluruhan senjata & alat kelengkapan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa diimport kerana kurangnya syarikat tempatan membangunkan industri persenjataan.

Kedua-dua perkara ini akan saya ulaskan lebih lanjut. Cuma apa yang mahu saya tekankan disini ialah ketidakpercayaan Nurul Izzah terhadap syarikat tempatan dalam membangunkan sistem pertahanan negara. Kita mahu beliau lebih bertanggungjawab dalam soal keselamatan negara dari kepentingan politik.

No comments:

Post a Comment