Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, July 4, 2012

Anwar Ibrahim Nak Pencen lepas PRU 13?

Tindakan PM DS Najib melewatkan PRU 13 sebenarnya banyak memberikan kelebihan kepada parti pemerintah terutamanya ketika parti-parti utama pembangkang kini bertelegah sesama sendiri berkenaan jumlah kerusi dan pentadbiran kerajaan negeri-negeri yang dikuasai juga menghadapai masalah-masalah kritikal.

Rakyat semakin nampak keburukan pemimpin pembangkang yang hanya pandai bersumpah janji tetapi amat berat untuk menunaikannya.

Kerajaan pula banyak melakukan transformasi dari segi politik dan ekonomi ketika ekonomi dunia tidak menentu.

Fitnah demi fitnah dilemparkan oleh pembangkang nampak mula makan diri. Majoriti rakyat semakin menjauhi pakatan pembangkang.

Mungkin atas-atas faktor ini menyebabkan Anwar Ibrahim bertindak mengeluarkan kenyataan mahu 'pencen' selepas PRU 13 jika pembangkang gagal menawan 'Putrajaya'

Kita tahu apa yang dinyatakan oleh Anwar Ibrahim adalah satu pembohongan kerana pembohongan adalah jalan hidup politik Anwar Ibrahim.

Jika Nik Aziz yang dikatakan berilmu tinggi pon enggan pencen dari takhta Menteri Besar, apa la sangat Anwar ibrahim nak pencen. Ini satu lagi sandiwara politik Anwar Ibrahim.

1 comment:

  1. skrip ni dulu LKS gunakan, cuma diolah semula kali ni anwar pula nak pelakonya,

    kalau betul nak bersara tak payah tunggu lepas pru 13 sekarang pun boleh, jadi rakyat malaysia kurang bercakap pasak polituk.

    ReplyDelete