Minda Hijrah Headline Animator

Monday, June 4, 2012

WWW 1 - Zahid Hamidi cabar Pas ambil tindakan ke atas Nizar

Pas dicabar supaya mengambil tindakan tegas terhadap bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikai tindakan Sultan Johor Sultan Ibrahim membida nombor plat WWW 1menerusi laman Twitternya.

 

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, adalah memalukanjika parti itu tidak mengambil tindakan terhadap Nizar dan ia menggambarkan parti itu 'bersekongkol' dan bersetuju mengenai kenyataan pemimpin mereka itu.

 

"Walaupun (Naib Presiden Pas) Salahuddin (Ayub) dan Ketua Pemuda Pas Nasrudin (Hassan) seolah-olah mahu lari daripada terlibat sama dalam masalah Nizar tetapi mereka harus ikhlas mencadangkan kepada kepimpinan Pas supaya mengambil tindakan terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan baik pulih rumah sumbangan Affin Islamic Bank kepada 68 penerima berjumlah RM750,000 untuk Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

 

Beliau berkata, Pas boleh mengenakan tindakan supaya Nizar tidak dibenar bertanding dalam pilihan raya kerana jika ada jawatan, banyak lagi kerosakan imej terhadap parti yang boleh dilakukan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu.

 

Zahid berkata, Nizar telah lupa bahawa bidaan bernilai RM520,000 atas nombor plat oleh Sultan Johor itu akan disalur kepada rakyat.

 

Baginda mengeluarkan duit peribadinya, itu merupakan duit pendapatan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pendapatan JPJ akan pergi ke akaun yang disatukan di bawah Kementerian Kewangan dan wang itu akan dikeluarkan semula untuk rakyat, bukan baginda menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadinya, yang ini Nizar lupa," katanya.

 

Sultan Johor Sultan Ibrahim memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000 dan kemudian Nizar dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

 

Rabu lepas, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilapor menafikan bidaan nombor plat WWW 1 oleh ayahanda baginda menggunakan wang rakyat. - Bernama

1 comment:

  1. Selama ini kita tengok mane ada mereka mahu ambil tindakan ape2 kepada orang2 mereka. Sama ada dari PAS ke, PKR ke atau DAP ke. Buat lah salahlaku ke, berzina ke, blowjob ke, fitnah ke, semua tu mereka tak kisah pun. Buat diam je. Sebab terkena batang idung mereka. Cuba kalau terkena pada orang2 UMNO, riuh satu negara di canangnya. Walaupun ia cuma fitnah blaka. Sebab itu lah dari dulu lagi gua tak suka pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang :Kaki penipu, kaki pembohong, kaki kencing, kaki putar belit, kaki putar alam, kaki porno, kaki cina doll, kaki siam doll, kaki liwat, kaki betina, kaki urut, kaki pelacur, kaki rembat bini orang, kaki muka tebal, kaki muka tak malu, kaki muka selamba, kaki muka kering, kaki bermuka-muka, kaki tiada muka, kaki menyamar, kaki rasuah, kaki songlap, kaki himpun, kaki merusuh, kaki provoksasi, kaki sara hidup dari dana Yahudi, kaki sokong keselamatan Israel, kaki wahhabi, kaki pluralisme, kaki LGBT, kaki gila kuasa, kaki nepotisme, kaki kronisme, kaki fitnah, kaki kafir mengkafir, kaki nyanyok, kaki kauseling kul 3 pagi, kaki jamban blowjob, kaki aiskrim, kaki durhaka pada ibu, kaki munafik, kaki hipokrit, kaki ampu, kaki bangga diri, kaki ujub, kaki khawarij, kaki maki, kaki hamun, dan entah ape-ape lagi kaki yang akan muncul selepas ini. Hang pikir lah sendiri.

    ReplyDelete