Skrip biasa yang berlaku setiap kali mana-mana pemimpin pembangkang terlibat dengan kontrovesi ialah 'Jangan libatkan parti' dan 'Itu pendapat peribadi'.
Tapi bila ianya berlaku kepada pemimpin BN, mereka akan tunding jari kepada Perdana Menteri dan kata 'Ini salah UMNO' dan 'Ini salah BN'. Bila kene batang hidung sendiri, masing-masing lepas tengkuk sendiri.
Ini lah perangai buruk parti-parti pembangkang yang enggan bertanggungjawab.
Saya setuju dengan cabaran Naib Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi supaya PAS ambil tindakan disiplin. Malangnya, ianya tidak akan berlaku.
Nampak sangat ketidakadilan berlaku dalam PAS. Pemimpin mereka yang membuat kesalahan dilindungi.
Apa yang DS Ahmad Zahid Hamidi cabarkan itu wajib disahut oleh PAS.
Jika PAS gagal laksanakan undang & hukum Parti sendiri, apakah PAS mampu laksanakan Hukum Allah jika diberi kuasa ?
No comments:
Post a Comment