Minda Hijrah Headline Animator

Friday, June 29, 2012

Tun Mahathir: Pengundi Cina penentu PRU13

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal ditentukan oleh pengundi Cina.

Beliau yang juga bekas Presiden Umno berkata, beliau melihat undi kaum itu bakal menjadi faktor penentu siapakah yang layak mentadbir negara memandangkan Melayu bukan lagi masyarakat majoriti di negara ini.

Dr Mahathir menegaskan, faktor itu juga menjadi punca meningkatnya politik perkauman.

"Hakikatnya kesemua tiga parti Melayu cuba memikat pengundi Cina dan jadi, mereka menjadi sangat perkauman," kata beliau dipetik Astro Awani.

Beliau berkata demikan pada majlis Politik dan Perniagaan: Kaitan Malaysia' di sini semalam.

Kata Dr Mahathir, untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan kaya, rakyat perlu memberikan sokongan majoriti kepada parti yang mempunyai agenda serta idea pembangunan yang baik.

Dalam pada itu, dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum hendaklah sanggup melepaskan sesuatu demi mencapai pembangunan ekonomi dan kestabilan sosial jangka panjang.

"Mana-mana kaum janganlah berfikir untuk mengambil semuanya untuk mereka. Anda mesti mengakui bahawa orang lain juga perlu mendapat sebahagian.

"Semua kaum hendaklah menumpukan ke arah membangunkan ekonomi bersama, supaya pembahagian setiap orang adalah lebih besar di samping mengurangkan jurang perbezaan," katanya.

Dr Mahathir berkata, semasa pilihan raya 1955, orang Melayu telah mengambil keputusan melepaskan kerusi di kawasan di mana pengundi kebanyakannya orang Melayu.

"Bagi memastikan semua kaum bekerjasama, kawasan pilihan raya orang Melayu diberi kepada rakan kongsi mereka daripada kaum Cina dan India serta memastikan mereka menyokong calon-calon daripada Perikatan," katanya.

Sumber: Sinar harian

3 comments:

  1. Inilah akibat daripada perpecahan ideologi Melayu. Biarpun Melayu berjumlah 14 juta daripada 28 juta rakyat Malaysia (rujuk Jabatan Perangkaan 2010, buku terbitan 2011), Melayu menjadi minoriti kerana berebut kuasa dan sering mengacah antara satu sama lain.
    Pemimpin politik banyak yang hipokrit, bila nak bersatu beri alasan dan syarat tak masuk akal.
    Orang bukan Melayu yang ditunjangi parti DAP menghidu kelemahan ini dan bersiap siaga untuk meratah segala peluang bagi dikaut kaum mereka.

    ReplyDelete
  2. Berdasarkan senario politik sekarang, adakah Tun M membayangkan bahawa Pakatan akan menawan Puterajaya?

    ReplyDelete
  3. Memang mungkin akan terjadi PR ke Putrajaya jika situasi ini terjadi:
    1.Semua kerusi Cina dimenangi DAP jumlah 48
    2.PKR menang semua kerusi jumlah 33
    3.PAS menang kerusi sebanyak 32
    PKR akan menang majoriti mudah 113 kerusi dari 222 kerusi, dan akan ambil alih Putrajaya
    Dalam ketiga tiga parti tersebut parti DAP akan jadi dominan kerana banyak kerusi, walaupun calon Melayu lebih ramai tapi dari parti yang berbeza. inilah keadaan yang dumaksudkan oleh TUN Mahathir,
    DAP akan memberikan PM kepada orang melayu, tapi mereka akan kontrol kerajaan seperti Selangor sekarang, Kementerian yang penting mereka akan pegang seperti Kewangan dan Pelajaran, kedua dua Kementerian ini adalah simbol yang masih memberi nyawa kepada keistimewaan Bumiputra, sekiranya tiada lagi maka konsep Malaysian Malaysian telah tercapai dengan jayanya.
    Jadi minta orang melayu berhati hati jangan menang sorak kampung tergadai.

    ReplyDelete