Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, June 30, 2012

Tun Mahathir : Khalid Ibrahim Tidak Percaya Prinsip PKR Punca Krisis Dalaman

Tun Dr Mohamad Mohamad berkata pergolakan PKR di Selangor berpunca dari sikap Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak mempercayai perjuangan parti yang sedang didokongnya.

"Dia (Khalid) tidak boleh nak percayakan perjuangan..dia tak percaya kepada prinsip perjuangan yang dia masuk dulu.

"Iya lah dia ada keboleh sikit tentang pentadbiran tapi kemasukan dia dalam PKR ini kerana dia gagal. Saya dah tolong dia berkali-kali umpamanya dia tak bayar hutang PNB..saya tangguh..tangguh tapi tak dapat bayar juga.

"Jadi bila PNB ambil tindakan, dia marah lah..lepas tu masuk parti lawan (PKR)..ini bukan orang politik, cuma pasal kecewa sahaja dan sekarang ini dia akan hadapi masalah,"katanya

No comments:

Post a Comment