Minda Hijrah Headline Animator

Friday, June 8, 2012

Naib Canselor: Khalid Ismath jadi alat pembangkang, malukan UiTM

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Sahol Hamid Abu Bakar mendakwa  penuntut undang-undangnya, Khalid Mohd Ismath, yang dikenakan hukuman digantung pengajian tiga semester, menjadi alat kepada pembangkang ekoran penglibatan dalam politik.    

 

Khalid, 22,  dijatuhkan hukuman digantung pengajian selama tiga semester bermula sesi akademik September ini. Dia berhadapan dengan tiga tuduhan.

 

"Tindakan Khalid jelas memalukan pihak universiti," ulas beliau.

 

"Sebelum memasuki universiti ini, semua pelajar berikrar untuk berkelakuan baik sepanjang pengajian tetapi Khalid jelas melanggar peraturan," kata beliau pada sidang media sempena Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia Kesembilan bermula 21 hingga 23 Jun ini.

 

Katanya, pihaknya bersikap adil kepada semua penuntut,  jadi jika melanggar undang-undang universiti, mereka tidak akan terlepas hukuman.

 

"Setiap universiti ada peruntukan undang-undang. Kerajaan kita sendiri telah banyak mengeluarkan peruntukan bagi pendidikan negara ini. Justeru, setiap pelajar mesti mempunyai disiplin yang tinggi," tegasnya.

 

"Tidak adil untuk semua pelajar jika saya hanya memberi komen dan fokus kepada Khalid saja," katanya enggan mengulas lanjut.

 

Katanya, sehingga kini beliau tidak menerima lagi sebarang laporan penuh berhubung hukuman yang dijatuhkan ke atas.

 

Khalid diberi peluang untuk membuat rayuan dalam tempoh14 hari bermula hari ini.

 

Bagaimanapun dia tidak mahu membuat rayuan atas alasan tidak boleh menerima tuduhan dan hukuman yang dikenakan.

 

Khalid yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) merancang untuk bergiat aktif dalam politik dan membantu parti politik berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU).

 

Mengikut tuduhan pertama, dia didakwa tidak hadir kelas selama dua minggu berturut-turut dan dikenakan hukuman tidak dibenarkan mengambil peperiksaan dalaman semester ini manakala di bawah tuduhan kedua pula, Khalid didakwa menerbitkan unsur-unsur ugutan menerusi Facebook. Selain itu, Khalid juga dituduh menghina isteri Perdana Menteri.

 

Di bawah tuduhan kedua dan ketiga, Khalid dikenakan hukuman masing-masing digantung satu dan tiga semester. Hukuman digantung semester dijalankan serentak.

 

Sumber : Sinar Harian

3 comments:

  1. ni lah anak melayu yang xsedar diuntung..sepatutnya dah masuk universiti ni belajar je dulu. politik nanti tunggu dah habis belajar. nak tunjuk terer pergi berdebat dengan Dr.Sahol atau pun berdebat dengan pensyarah pasal undang2 baru lah maju.

    ReplyDelete
  2. kalau jumpe budak ni. Aku pijak terus.

    ReplyDelete
  3. Contoh budak fail belajar. Masa belajar mengorat perempuan nak dibuat bini. Akhirnya masuk akhbar bukjan sebab cemerlang belajar tapi bodoh rupanya..Sah datang dari baka bermasalah. Habislah anak-anank dia..kantoi dapat bapak mak syiah.

    ReplyDelete