Minda Hijrah Headline Animator

Friday, June 8, 2012

Bongkar: Kisah Khayalan Roger Mitton dan Kapal Selam Scorpenenya #RogerMenipu

Roger Mitton, seorang wartawan serantau di Phnom Penh Post, Kemboja menulis artikel bertajuk,  'Urusniaga kapal selam menghantui PM Malaysia'. 

 

Untuk seorang wartawan mengulangi skrip yang telah dibatalkan oleh penulis asal, Raja Petra Kamaruddin (RPK) amatlah menyedihkan. 

 

RPK, seorang yang kurang stabil, pengecut dan juga pelarian mengangkat dirinya sebagai manusia berintegriti dan seorang wira, telah pun membuat pengakuan terbuka bahawa beliau hanya mengada-ngadakan kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya.  Pembunuhan itu juga telah pun dibawa ke mahkamah dan tiada satu pun bukti yang dapat mengaitkan apa-apa dengan PM mahupun kapal selam yang dibeli. 

 

Tetapi jelaslah, bahawa ada pihak yang masih dihantui dengan kisah ini, atau mungkin juga dengan 'jawatan PM' serta enggan mengakui bahawa tiada apa-apa yang pelik di belakang pembelian kapal selam dan bahawa kisah pembabitan PM dalam pembunuhan hanyalah merupakan fitnah terang-terangan. 

 

Lucu bila memikirkan Mitton mempunyai pengetahuan yang lebih sedikit dari RPK, penulis skrip asal sendiri.  Contohnya, beliau tahu bahawa Altantuya telah dirogol sebelum tubuhnya hancur diletupkan. 

 

Jika kita mempunyai tahap imaginasi yang tinggi sepertimana Mitton, kita akan menyangka bahawa Mitton sebenarnya terlibat dalam pembunuhan itu.  Ini dapat menjelaskan bagaimana beliau tahu secara terperinci bahawa wanita tersebut telah dirogol dan apakah yang dibualkan oleh Altantuya dengan Razak Baginda sebelum dibunuh, sedangkan Mitton hanya bertemu Razak sekali atau dua kali sebelumnya. 

 

Tetapi, Mitton tidak dapat menulis kisahnya dengan tepat.  Artikel beliau agak mengelirukan dan pembaca gagal mengenalpasti sama ada Altantuya adalah perempuan simpanan Razak dan bagaimana beliau terlibat dengan PM.  Dan kita dapat mengesan bahawa Mitton agak berhati-hati dengan menyebut jumlah harga kapal selam secara jangkaan, mungkin kerana tidak mempunyai maklumat terperinci.  Pastinya beliau tidak mempunyai maklumat terperinci kerana jumlah rasuah yang didakwa sering berubah-rubah dalam setiap versi kisah ini.

 

Bagaimamnapun, versi yang paling popular ialah bahawa rasuah tersebut berjumlah EURO 114.96 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat milik sama ada Razak, atau isterinya atau isteri PM atau sesiapa jua yang mana SUARAM sendiri, iaitu juara isu scorpene ini, pihak pembangkang dan Mitton sendiri tidak dapat pastikan, walaupun mereka begitu pasti tentang semua perkara lain.

 

Satu-satunya versi yang tidak berubah ialah yang diperjelaskan oleh PM dan kerajaan di dalam parlimen.  Faktanya ialah Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S. Ombak Laut Sdn Bhd. Dan Perimekar tidak menerima apa-apa komisen atau rasuah dari DCNS tetapi hanya menerima bayaran bagi perkhidmatan sokongan dan penyelenggaraan yang diberikan mereka. 

 

Ini termasuk, kediaman lengkap bagi 27 pegawai, 156 krew dan 30 staf dan keluarga mereka di Perancis dan Sepanyol selama 6 tahun.

 

Perimekar juga adalah bertanggungjawab menyediakan dan menguruskan pejabat pengurusan di Perancis dan Sepanyol selama 6 tahun.

 

Dan juga Perimekar perlu menanggung kos insurans, elaun, perjalanan dan koordinasi serta semua perebelanjaan bagi memastikan operasi berjalan lancar selama 6 tahun.

 

Kita harap agar Mitton tidak cuba untuk membandingkan kos kehidupan di Kemboja dengan Eropah, terutamanya Perancis.  Melihat dari angka 'rasuah' iaitu EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta mengikut tarikh kontrak iaitu 5 Jun 2002, congakan rambang akan menunjukkan bahawa EURO 85 juta adalah kos hangus untuk operasi, sementara EURO 26 juta adalah kos 'overhead'.  Justeru, Perimekar hanya mampu membuat untung sebanyak lebih kurang EURO 3 juta sahaja.

 

Jika kesemua RM410.27 juta tersebut dibayar sebagai rasuah kepada PM, Razak atau sesiapa jua, bagaimakah agaknya Perimekar mampu terus wujud sedangkan mereka perlu menanggung semua kos di atas?  Apakah Mitton ingin berhujah bahawa mereka beroperasi secara percuma?

 

Mungkin Mitton tinggal di Kemboja terlalu lama dan amat mendambakan sebuah kisah yang menarik.  Kita tidak menyalahkan Mitton untuk cuba menghapuskan kebosanannya.

 

Tetapi, kita dapat melihat bahawa Mitton adalah seorang penulis fiksyen yang baik.  Selepas menulis artikel yang begitu menyedihkan ini, penulis harap Mitton akan memikirkan secara serius tentang menceburi bidang penulisan fiksyen.  Sekurang-kurangnya beliau akan dipuji kerana menulis fiksyen yang baik daripada diketawakan kerana menulis laporan berbentuk fiksyen. 

 

Bagaimanapun, sedikit kredit perlu diberikan kepada Mitton kerana kini kita menyedari akan kewujudan akhbar bernama 'Phnom-Penh Post'. 

No comments:

Post a Comment