DIFAHAMKAN hujung minggu yang sudah, dihabiskan oleh kepimpinan tinggi PKR untuk mencari jalan penyelesaian kepada kemelut yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor melibatkan Menteri Besar dan Pengerusi PKR Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali.
Turut serta dalam perbincangan sama ialah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang baru-baru ini melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Penulis difahamkan juga tiada jalan penyelesaian dapat dicapai antara kesemua pihak terlibat, dengan kem Azmin dikatakan tidak mahu mengalah dan masih menuntut perletakkan jawatan Faekah Hussin sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar.
Manifestasi kepada perbincangan yang gagal inilah yang dirumuskan oleh Ketua Penerangan PKR, YB Shuhaimi Shafei dalam sidang media semalam yang masih bercakap tentang cadangan agar Faekah digantung sementara dari jawatannya itu sementara menunggu semua perkara berbangkit selesai.
Sama ada disedari oleh kepimpinan atau tidak, nampak lemah sangat kita ni bila isu sekecil ini pun tidak boleh diselesaikan oleh kepimpinan tertinggi parti yang hebat-hebat di atas. Bercakap isu-isu besar seperti menentang kezaliman dan kerakusan BN hampir setiap hari, tapi nak menyingkirkan langau dalam kelambu sendiri pun susah sangat.
Adakah ini kebenaran kepada cakap-cakap bahawa Khalid sememangnya seorang yang degil dan tidak mahu mendengar arahan? Jika benar, singkirkan dia dan gantikan dengan Menteri Besar yang baru, Azmin sendiri boleh menjadi Menteri Besar asal saja mendapat suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Semua ini nampak mudah kerana memang perkara itu memang mudah. Hanya satu majlis penerangan dengan ADUN-ADUN dari DAP dan PAS, nescaya Khalid boleh disingkirkan pada bila-bila masa sahaja. Tapi semua ini gagal dilakukan kerana tidak ada orang yang tidak berani menyanggah 'kuasa besar' di belakang Khalid.
Memetik kata seorang rakan, "Khalid ada 'kuasa besar', Azmin ada 'kuasa besar', soalannya sekarang, siapa yang terbesar antara 2 yang besar-besar ini?"
Kalau inilah penyudahnya, selama itulah masalah ini tidak akan selesai dan rakyat dibawah akan terus menjadi mangsa. Justifikasi penulis mudah, geran RM 300 juta geran Selangorku yang dikatakan menjadi punca pertikaian ini adalah untuk kepentingan rakyat, bukan digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak.
Penulis benar-benar berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah dapat masuk campur dalam hal ini seperti yang diminta PKR Selangor. Isu ini sudah menjadi buah mulut ramai orang dan sedikit sebanyak turut menyentuh DAP dan PAS kerana jelas sekarang mereka tidak langsung dilibatkan dalam soal geran RM 300 juta ini.
Kalau kedua ini (DAP & PAS) masuk campur nanti, tak tahulah apa pula bala yang datang. Yang sekarang pun tak selesai, yang baru pula muncul.
Sumber : www.suarapakatanrakyat.com
Ini kes Penyamun Vs Penyangak... Aku sokong Khalid ..sekurang kurangnya ditegas mempertahankan staff dia dari dianiayai pemimpin PKR yg rakus... sekurang kurangnya dia tidak tikam belakang Faekah...(kemungkinan surat tu dalam keizinan dia... dan Faekah menyimpan pelbagai rahsia ragam Adminstration Khalid yg pasti akan terdedah sekira Faekah terpecat.)
ReplyDeleteIni yg diusahakan olih puak Anwar..Rafizi..Amimin serta low class lawyer lawyer yg sentiasa active dalam program PKR..termasuk demo yg lepas lepas...
dalam konteks ini Khalid cuba melindungi khazanah selangor dari Penyangak2 Anwar Azimin untuk penyamun2 dia..
Azmin Ali tu rakus & anak derhaka
ReplyDelete