http://www.minda-hijrah.blogspot.com/2012/06/ali-tinju-al-juburi-lancar-protes.html
http://www.minda-hijrah.blogspot.com/2011/10/muslihat-ali-tinju-pvtm-hentam-menteri.html
http://www.minda-hijrah.blogspot.com/2011/11/siri-1-akta-veteran-2011-tentangan.html
Bekas tentera dinasihat tidak demonstrasi 29 Jun ini
"Jangan jadi penderhaka," demikian tegas Presiden Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen (Daulat), Mohamad Shabudin Teh, berhubung tindakan bekas tentera tidak berpencen yang mahu mengadakan demonstrasi dijadualkan 29 Jun ini di hadapan Pejabat Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.
Mohamad Shabudin berkata, bekas tentera tidak berpencen yang bercadang menyertai demonstrasi didakwa diadakan untuk mendesak peletakan jawatan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan pada 29 Jun ini diminta membatalkan hasrat itu.
Menurutnya, sebagai bekas tentera yang pernah berkhidmat dengan kerajaan, tindakan mengadakan demonstrasi itu tidak wajar diadakan.
"Ia umpama anak bergaduh dengan bapa dan jangan jadi penderhaka dengan mengadakan demonstrasi itu. Saya nasihatkan bekas tentera yang berhasrat menyertainya membatalkan hasrat tersebut.
"Saya juga meminta agar ahli Daulat khususnya, agar tidak menyertai perhimpunan untuk mengadakan demonstrasi untuk mendesak peletakan jawatan Menteri Pertahanan tersebut," katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya, di sini.
Sementara itu, Mohamad Shabudin berkata, jalan terbaik menuntut hak bekas tentera khususnya bekas tentera tidak berpencen adalah dengan mengadakan rundingan secara baik bersama Perdana Menteri.
Katanya, Menteri Pertahanan adalah orang tengah sahaja untuk menyuarakan pandangan dan permasalahan yang diadukan bekas tentera kepadanya, hanya Perdana Menteri yang layak memutuskannya.
"Jadi kita berharap bekas tentera tidak berpencen yang mahu menuntut imbuhan sebagai mengenang jasa mereka perlu berbuat demikian secara profesional dan serahkan semuanya kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mohamad Shabudin berkata, pihaknya juga sudah menghantar memorandum menyenaraikan beberapa tuntutan kepada Perdana Menteri secara terus semasa kunjungan beliau di Kulim, 8 Jun lalu.
Menurutnya, dia berharap ahli Daulat bersabar di atas segala tuntutan yang dipersetujui termasuk menuntut imbuhan kepada bekas angka-tan tentera tidak berpencen dan memberikan sedikit masa kepada Perdana Menteri untuk meneliti memorandum terbabit.
No comments:
Post a Comment