Laman rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Jun menyiarkan berita mendakwa seorang saksi pertama kes penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis kerana sapina terhadapnya telah dikeluarkan.
Ketua Umum PKR yang menyiarkan berita itu dari sumber KeadilanDaily memetik kenyataan dari Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel yang berkata "Kita patut merasa gembira dengan perkembangan kes ini kerana saksi pertama iaitu Jasbir Singh, saksi yang terlibat dan mengetahui banyak maklumat akan dipanggil ke mahkamah (Perancis) kerana sapina sedang dalam perjalanan ke rumahnya".
Cynthia mengumumkan perkara itu di akhir Majlis Makan Malam Kutipan Dana Ops Scorpene yang bertujuan mengumpul RM300, 000 untuk menanggung yuran guaman peguam.
Majlis itu diadakan pada 15 Jun 2012, di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor, anjuran Suaram.
Namun, Cynthia yang juga Pengarah Eksekutif Suaram tidak menunjukkan sebarang bukti yang mengesahkan kata-katanya itu.
Manakala, individu yang disebut, Jasbir Singh Chal, bekas Pengarah Perimekar Sdn Bhd menafikan dakwaan tersebut.
Jasbir Singh dalam kenyataan ringkasnya seperti dilaporkan FMT semalam berkata dakwaan yang mengatakan dirinya bakal menerima sepina adalah tidak benar.
Katanya tuduhan yang jahat itu adalah bertujuan untuk merosakkan reputasi dan kredibiliti dirinya.
"Ini adalah tuduhan palsu dan menyedihkan yang dibuat oleh seseorang yang saya tidak tahu dan tidak pernah berjumpa," katanya.
Penafian Jasbir Singh diperkukuhkan dengan kenyataan dari Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur.
"Namun, apabila Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur ditanyakan mengenai perkara ini (sepina), mereka terkejut dan menyatakan bahawa mereka tidak pernah diberitahu akan perkara tersebut.
"Menurut kedutaan tersebut, menurut prosedur, Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu dahulu terhadap sebarang sepina yang dikeluarkan by orang luar, bagi keadaan ini, rakyat Malaysia.
"Kementerian tersebut kemudiannya akan menghubungi Wisma Putra untuk mengambil tindakan selanjutnya. Tiada sepina yang akan dikenakan secara menerus kepada rakyat di negara ini tanpa pengetahuan pihak-pihak tersebut.
"Dengan ini, terbuktilah bahawa Suaram hanyalah menipu," lapor mynewshub.
Sumber : AIDC
No comments:
Post a Comment