HAMPIR pasti, video seks yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali akan tersebar dikhalayak umum tidak beberapa lama lagi setelah sebahagian gambar-gambar dari rakaman video tersebut mendapat perhatian umum minggu ini
Tak kisahlah sama ada Azmin benar-benar terlibat dalam skandal seks tersebut atau beliau diperangkap pihak-pihak tertentu dengan menggunakan lelaki lain yang hampir menyerupai beliau, satu yang pasti ialah, ada dalang yang terlibat dalam usaha tersebut.
Perkara itulah yang penulis ingin nak bincang dan kongsikan hari ini.
Kalau nak pilih jalan singkat, kita boleh menuduh UMNO terlibat. Tapi itu kelihatannya terlalu mudah, bukan sahaja mudah, malah kelihatan kurang cerdik juga.
Samalah kurang cerdiknya dengan individu yang menggunakan laman web papagomo.com untuk mengedarkan gambar-gambar itu.
Sedangkan papagomo.com adalah laman web pro UMNO yang diketahui sudah hilang kredebiliti dari awal apabila cubaan pertama melalui penyebaran video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, gagal mencapai matlamat.
Maaf cakap, tapi hati penulis kuat mengatakan bahawa perkara ini bukan dilakukan oleh UMNO, tapi dalam PKR sendiri.
Dari maklumat-maklumat yang penulis dapat, ada besar kemungkinan dalang disebalik penghasilan video tersebut, berada di pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Asas kepada tuduhan itu mudah. Umum sudah mengetahui bahawa, kalau pun Pakatan Rakyat mengekalkan kuasanya di Selangor selepas mandat kerajaan negeri berakhir tahun depan, TS Khalid tidak akan dilantik semula ke jawatan Menteri Besar.
Sebaliknya Azmin, selaku Pengerusi PKR Selangor yang akan mengisi jawatan tersebut.
Penulis tidak mengatakan bahawa TS Khalid terlibat secara langsung dalam perkara ini, beliau mungkin tidak tahu menahu pun tentang pembikinan video itu.
Maklumat penulis mengatakan ia mungkin dilakukan oleh mana-mana pegawai dalam pejabat Menteri Besar Selangor yang bakal hilang kelebihan/pendapatan jika Azmin mengambil alih jawatan – terutama yang perempuan.
Sudah tentu Azmin akan menyingkirkan semua pegawai yang berkhidmat di bawah TS Khalid dan mengganti dengan pasukannya sendiri. Ini adalah lumrah biasa yang berlaku dimana-mana pun bila bercakap tentang jawatan kerajaan yang dibuat atas lantikan politik.
Pihak-pihak ini pula ada yang melepaskan jawatan selesa dan bergaji besar masing-masing antaranya di syarikat petroleum terkemuka negara untuk menerima tawaran berkhidmat dengan pejabat Menteri Besar Selangor sebaik Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di negeri tersebut pada 2008.
Takkanlah pengorbanan yang sebegitu besar hanya bertahan selama 5 tahun? Anggapan penulis, maka itulah digunakan pendekatan kotor sedemikian untuk memastikan Azmin tidak berjaya menjadi Menteri Besar Selangor dan seterusnya membuka jalan kepada TS Khalid mengekalkan jawatan.
Tapi itu hanya hipotesis penulis berdasarkan maklumat-maklumat yang ada.
Apa pun, pada penulis, mana-mana satu pun dari perkara yang dibincangkan di atas tidak akan menguntungkan Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian, amat penting untuk Pejabat Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan perkara tersebut dengan segera, sebelum keadaan bertukar menjadi lebih buruk.
Kadang-kadang kita terlupa, Azmin pun ada orang-orang disekitarnya juga. Politiklah katakana
http://suarapakatanrakyat.com/2012/05/video-seks-azmin-di-dalangi-pejabat-mb-selangor/
No comments:
Post a Comment