Minda Hijrah Headline Animator

Monday, May 7, 2012

Azmin Ali HATI KERAS ! Balik la jumpa ibu kamu !!!

Sedih betul hati kita mendengar apa yang diberitahu oleh Mak Tom, ibu kepada Azmin Ali.
 
Hanya sebab Anwar Ibrahim & PKR, Azmin Ali sanggup TAK BALIK JUMPA IBU selama 9 BULAN. Apa punya gila kamu nie Azmin? Ini kah contoh/uswah yang baik ditunjukkan oleh Timbalan Presiden PKR kepada RAKYAT ?
 
Kita bukannya nak campurtangan tapi memang patut ianya didedahkan supaya menjadi pengajaran kepada semua pemimpin supaya TIDAK LUPA diri macam Azmin Ali.
 
Sebelum ini, Azmin Ali sanggup maki hamun Tun Mahathir yang banyak membantu dia dari papa kedana sehingga berjaya. Tapi tak sangka pula Azmin Ali sanggup buat IBU KANDUNGnya sendiri demi perjuangan GILA ANWAR IBRAHIM
 
Balik la jumpa ibu kamu! Lupa kan sekejap Anwar Ibrahim. Jangan biarkan RAKYAT merasa JIJIK dengan perbuatan gila kamu ini!!
 
Mungkin betul kamu tidak menderhaka kepada ibu kamu tapi 9 BULAN TAK BALIK JUMPA IBU tu memang tak patut. Tidak ada rasa tanggungjawab sebagai anak jantan dalam keluarga kamu.
 
Semoga apa yang berlaku kepada Azmin Ali menjadi pengajaran untuk saya dan kita semua.
 
 
LUAHAN HATI IBU AZMIN ALI
 
Che Tom, 78, berkata, dia masih mengharapkan anaknya itu pulang semula ke pangkuan keluarga, untuk memautkan kembali hubungan yang sudah terjurang antara Azmin dengan adiknya, Umi Hafilda.

"Saya dan abahnya (Allahyarham Ali Omar) sudah berikan dia didikan yang cukup, ilmu akhirat, adat resam, budi bahasa.

"Sebagai ibu, saya sayangkan dia dan harap dia berubah," katanya dalam rakaman temu bual disiarkan Buletin Utama TV3 malam tadi.

Dalam nada sebak tetapi tegas menerusi slot kira-kira tiga minit itu, Che Tom berkata, ada dua perkara yang perlu dilakukan Azmin untuk kembali semula ke pangkuannya.

"Yang pertama, dia perlu bertaubat kepada ALLAH. Kedua, tinggalkan kumpulan itu (PKR). Ramai kawan-kawan dia yang sudah tinggalkan (PKR)," katanya.

Menurutnya, dengan didikan yang sempurna, dia sama sekali tidak menyangka Azmin boleh berubah sikap setelah dewasa dan mempunyai kedudukan.

Che Tom mengakui, hatinya luluh mengenangkan tindak-tanduk Azmin yang seperti sudah berpatah arang dengan keluarga.

Difahamkan, kali terakhir Azmin pulang ke rumah itu pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

Namun pada hari yang sama juga, dikatakan telah berlaku pertelingkahan serius Ahli Parlimen Gombak itu dengan Umi Hafilda.

Sejak itu, Azmin dikatakan tidak pernah lagi menjenguk ibunya.

Bagi Che Tom, jika semasa hidup ini pun anaknya itu tidak menziarah, tiada apa lagi yang boleh diharapkan setelah dia (Che Tom) tidak ada lagi di dunia ini.

"Saya tak boleh harap dia pulang menziarah lagi selepas ini, jika sekarang pun dia tak mahu balik menjenguk ibunya," kata wanita itu dengan nada sayu.

No comments:

Post a Comment