Minda Hijrah Headline Animator

Monday, May 21, 2012

TERKINI - Bersih 3.0: Azmin Ali akan didakwa di Mahkamah esok ?

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dijangka akan dikenakan dakwaan berhubung penyertaan dalam perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok.
 
Kenyataan media dikeluarkan pejabat Azmin berkata wakil rakyat itu telah diminta hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta atas dua pertuduhan masing-masing di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.
 
"Beliau (Azmin) diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi, Selasa, 22 Mei 2012," kata kenyataan itu. (Sumber Sinar Harian)
 
rockyKCD - Alhamdulillah jika berita ini benar kerana manusia ini lah punca rusuhan Bersih 3.0 berlaku. Mungkin ini pembalasan Allah terhadap beliau yang tidak pulang menemui ibu kandungnya sendiri selama hampir 10 bulan.

 

1 comment: