Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, May 22, 2012

Hari Belia Negara 2012 - Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 & Bee Ant Blues Port #HBN2012

Esok bermulanya Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 sempenan Hari Belia Negara 2012. Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa lebih dari 500 acara yang telah, sedang dan akan berlangsung tetapi yang paling BEST nanti ialah sepanjang 23 Mei hingga 27 Mei 2012 di PUTRAJAYA.
 
So, jangan lepaskan berpeluang untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Belia Negera 2012 di Putrajaya. Tetapi sebelum datang, dapatkan info terkini di www.hbn.gov.my sebab banyak acara & venue yang terlibat. Takut tersesat dan menyertai aktiviti yang tidak kene dengan jiwa.
 
Sementara itu, KARNIVAL BEE ANT BLUES juga akan berlangsung pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada 23-27 Mei ini. Banyak acara menarik telah dirancang pada karnival tersebut, melibatkan aktiviti kesenian, hiburan, motivasi dan kerohanian.

BEE ANT BLUES PORT merupakan tempat berhimpun, lepak dan santai anak-anak muda yang rajin bekerja, mempunyai semangat berpasukan dengan gerak-kerja tersusun, penuh semangat patriotisme dan taat kepada pemimpin. Maklumat lanjut pasal Bee Ant Blues boleh layari http://beeantblues.blogspot.com/ atau ikuti twitter @BeeAntBlues
 
Saya akan cuba berikan sebanyak mungkin info tentang acara-acara yang menarik sepanjang Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012 dalam blog ini.
 
Kepada rakan-rakan & ahli/peminat Kelab Chedet, boleh temui saya bersama rakan-rakan lain pada hari Sabtu & Ahad disana.
 
Jumpa nanti yaaaa !

No comments:

Post a Comment