Tiada dendam peribadi dan politik terhadap Azmin Ali walaupun dia telah menjual diri kepada Anwar Ibrahim. Begitu hebat seorang insan bernama Mahathir Mohamad.
Dalam keadaan Azmin Ali diserang atas bawah kiri dan kanan, Tun Mahathir tetap memberikan komen yang sangat positif walaupun sebelum ini pelbagai makian seperti 'Mahathir dah tersungkur" dan "kepala hotak kau Mahathir" dilafazkan oleh Azmin Ali kerana kebencian politik dan dendam peribadi.
Sedangkan Azmin Ali ini dikutip ditepi jalan oleh Tun Mahathir dan diberi peluang untuk menjadi manusia berguna tetapi akhirnya memilih untuk menjadi binatang ternakan Anwar Ibrahim !
Ini bezanya manusia yang baik dengan manusia yang berperangai seperti syaitan.
Azmin Ali patut malu diri sendiri bahawa insan yang beliau sering maki hamun selama ini tetap tidak membalasnya dengan makian malah memberi sat semangat dan kenyataan positif terhadap dirinya.
Bila mahu sedar wahai Azmin Ali ? Bila kamu mahu minta maaf atas apa yang telah kamu lakukan kepada Tun Mahathir ? Bila kamu mahu berhenti mengikut jejak langkah syaitan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim?
Sekali lagi, Tun Mahathir menunjukkan peribadi mulia kepada kita semua.
Sumber berita dibawah dipetik dari Sinar Harian
Dr Mahathir: Azmin patut saman bersihkan nama
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali digesa mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pihak yang memalukannya berhubung penyebaran gambar yang mengaitkan beliau dengan aksi panas bersama seorang wanita, baru-baru ini.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan saman oleh Azmin adalah langkah sewajarnya diambil untuk membersihkan namanya setelah dipalit kontroversi berkenaan.
"Dia boleh nafi itu bukan dia. Saya harap dia bawa orang itu ke mahkamahlah.
Kena saman malu, RM100 juta ke... RM500 juta ke...buat macam tu (penyebaran gambar) nak bagi malu Azmin saja, jadi dia patut bawa ke mahkamah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas program Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tajuk 'Cabaran Umat Islam Masa Kini : Persepsi dan Realiti' anjuran kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Pengajian Strategik dan Integriti Terengganu di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan dan lebih 5,000 peserta.
Ketika ditanya pendapatnya tentang kesahihan gambar berkenaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak percaya kepada gambar, namun tidak ada apa yang mustahil dalam dunia ini.
"Kadang-kadang kamera dalam tandas pun orang letak juga," katanya.
Berikutan penyebaran gambar berkenaan, Azmin yang juga Anggota Parlimen kawasan Gombak, dilaporkan berkata imej lelaki dalam gambar lucah itu bukanlah dirinya dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap beliau menjelang pilihan raya umum ke-13.
No comments:
Post a Comment