BERSIH 3.0 berakhir sudah, meninggalkan DBKL membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan mereka, meninggalkan beberapa anggota polis di hospital, meninggalkan peniaga dalam kemarahan, pelancong dalam kejutan dan rakyat yang naïf di dalam kekecewaan setelah menyedari bahawa BERSIH adalah sebenarnya begitu jijik sekali. Ia juga menyebabkan rakyat yang rasional semakin menolak pembangkang, rakyat di atas pagar kembali meyakini BN sementara penyokong pembangkang terus dibuai mimpi dalam dunia mereka sendiri.
Pemimpin mereka, bagaimanapun, terpaksa berlakon menafikan kegagalan bagi menyembunyikan rasa malu. Untuk itu, mereka perlu menipu diri sendiri dan juga penyokong dan penipuan mereka juga menunjukkan yang mereka tidak sepakat. Apabila ditanya mengenai jumlah peserta demonstrasi, Malaysiakini, Harakah, Anwar dan Ambiga masing-masing memetik angka yang berbeza antara satu sama lain dalam jumlah ratusan ribu.
Apa yang mampu mereka lakukan kini hanyalah menyalahkan BN, kerajaan, pihak polis dan segala-galanya. Kerana itu, inilah saja yang dapat diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar apabila disoal mengenai kerosakan yang dilakukannya: "Kita tidak akan tergugat dengan penipuan yang berterusan yang dibuat oleh media kawalan UMNO. Ini adalah tindakan biasa bagi sebuah rejim kukubesi. Kumpulan yang tidak bersalah, mangsa penindasan, kini dilihat sebagai penjenayah. Seperti juga ketika pemerintahan Hitler, Stalin dan pemerintahan diktator di Myanmar tempoh hari, mereka yang memberontak dirujuk sebagai penjenayah, penindas adalah bersih dari apa jua tuduhan," – the Malaysian Insider -
Mungkin Anwar sememangnya tidak tahu sejarah atau sudah lupa seperti mana beliau lupa banyak perkara akhir-akhir ini. Ini adalah apa yang diperkatakan sejarah berkenaan Stalin: Salah seorang diktator dan pembunuh paling berkuasa dalam sejarah, Stalin adalah pemerintah Soviet Union selama suku abad. Rejimnya yang ganas telah menyebabkan kematian dan penderitaan terhadap berpuluh juta orang.
Dan Hitler direkodkan sebagai antara orang paling kejam dalam sejarah. Beliau bertanggungjawab memulakan Perang Dunia ke2 dan membunuh lebih 11 juta orang dalam Holocaust.
Membandingkan UMNO atau Dato' Seri Najib, Perdana Menteri kita dengan Hitler dan Stalin menunjukkan yang Anwar sudah terlalu hampir hilang kewarasan.
Dato' Seri Najib tidak pernah membunuh sesiapa, beliau bukanlah seorang pemimpin yang kasar jauh sekali seorang diktator. Beliau mendengar suara rakyat, prihatin terhadap kita semua, berkhidmat untuk kita dan menghulurkan bantuan dan sokongan melalui berbagai program transformasinya.
Apabila Anwar ingin mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0, beliau menawarkan stadium untuk memastikan keamanan dan keselamatan semua pihak termasuk atau terutamanya, pihak peserta. Apabila Anwar memilih untuk menentang undang-undang dan membawa peserta ke jalanan, Dato' Seri Najib menyediakan lebih seratus tenaga pasukan perubatan, sebagai persediaan andainya keadaan menjadi buruk.
Justeru, satu-satunya penjelasan kenapa Anwar melihat Dato' Seri Najib sebagai sama dengan Hitler atau Stalin ialah beliau pastinya sedang berhalunisasi. Mungkin perasaan malu yang tidak terhingga kerana gagal mendapatkan angka yang wajar dalam BERSIH 3.0, serta tekanan dari siri pendedahan berterusan mengenai skandalnya, yang menjadi pencetus ketidakwarasan tersebut.
Hitler dan Stalin adalah pemimpin dari dunia 'gelap'. Seperti juga mana-mana pemimpin dari dunia itu, contohnya mafia, samseng, gangster, yakuza atau apa saja gelaran mereka, terkenal dengan kesanggupan mengorbankan dan membunuh orang mereka sendiri dengan kejam apabila perlu. Di dunia mereka, mereka tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang selain dari undang-undang ciptaan mereka.
Tetapi, pemimpin dari pihak yang baik, seperti tentera atau polis, tidak akan sekali-kali merisikokan nyawa anggota tanpa sebab yang benar-benar munasabah. Dalam apa jua keadaan mereka tidak akan sekali-kali meninggalkan walaupun seorang anggota dalam bahaya. Pemimpin dari pihak yang baik perlu berhadapan dengan undang-undang jika sengaja merisikokan nyawa anggotanya.
Justeru, di pihak manakah boleh kita kategorikan pemimpin-pemimpin BERSIH? Apakah mereka di pihak jahat dari dunia gelap atau di pihak yang baik?
Pemimpin-pemimpin BERSIH – Anwar dan Ambiga telah diberikan pilihan dua stadium untuk mengadakan Protes Duduk Bantah di mana keselamatan dan keamanan terjamin. Tetapi apakah mereka bersetuju menerima tawaran yang murni itu? Tidak.
Apakah para peserta demonstrasi benar-benar 'duduk' seperti yang mereka janjikan? Tidak.
Apakah mereka berjalan dengan aman ke arah kawasan larangan iaitu Dataran Merdeka? Tidak.
Sebaliknya, Anwar dan Ambiga telah dengan sengajanya meletakkan penyokong-penyokong mereka dalam risiko tercedera atau mungkin kehilangan nyawa dengan menolak tawaran untuk berdemonstrasi di dalam stadium, dengan tidak 'duduk' seperti yang dijanjikan, dengan berarak secara ganas dan dengan menyeru supaya mereka bertindak menceroboh Dataran Merdeka.
Apakah perlunya untuk mereka menceroboh kawasan larangan jika mereka sekadar menuntut pilihanraya bersih? Apakah mereka benar-benar percaya bahawa dengan terlibat dalam pertempuran dengan polis, cedera, membunuh atau terbunuh maka barulah mereka akan mendapat sebuah pilihanraya yang bersih bersinar-sinar?
Hakikatnya, pilihanraya di negara ini adalah cukup bersih dan itulah sebenarnya masalah Anwar. Beliau enggan melalui proses pilihanraya dan ingin merampas kuasa melalui jalan belakang. Malangnya beliau tidak dapat mengumpulkan secukupnya jumlah manusia yang cukup jahat, dungu dan gila yang sanggup berkorban untuknya. Dan kerana itu, rampasan kuasa tidak berlaku.
Untuk itu, kita mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dato' Seri Najib atas apa yang dilakukan beliau dalam memastikan kita selamat dari keganasan peserta demo BERSIH. Dan kita tidak dapat menggambarkan betapa terhutang budinya kita kepada pihak polis yang sanggup berkorban demi keamanan kita yang diancam oleh penyokong Anwar Ibrahim.
Kesudahannya, siapa yang kelihatan lebih menepati sifat Stalin atau Hitler di sini? Siapa yang sanggup mengorbankan orang-orangnya sendiri, iaitu peserta demonstrasi yang merupakan penyokongnya, untuk mendapatkan apa yang dihajati?
Tidak lain tidak bukan, orangnya ialah Anwar 'Hitler' Ibrahim.
DIA TUDUH KERAJAAN ZALIM...GUNA PENDEKATAN HITLER...TAPI DIA GUNA PENDEKATAN KOMINIS TAK APA PULA.RASANYA KITA TAK PERLU BUANG MASA FIKIR MR ANWAR NI GILA ATAU WARAS.....LANTAK DIA LAH.CUMA HARAP KERAJAAN YANG ADA JANGANLAH TERLALU BERLEMBUT DAN TAKUT BERTINDAK TEGAS TERHADAP PEROSAK KEDAMAIAN DAN KEHARMONIAN RAKYAT...JANGAN DIKATA KALAU RAKYAT BIASA BUAT SALAH CEPAT2 TANGKAP DAN DIBICARAKAN TAPI BILA KENA ORANG PENTING JADI TIKUS....AKU TAK HORMAT LANGSUNG KERAJAAN PENGECUT..AKU MALU.
ReplyDelete