Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, May 2, 2012

Anwar Ibrahim & PKR 'rompak' Perhimpunan Aman Bersih 3.0

Saya berada sekitar Dataran Merdeka sejak malam 27 April 2012 untuk melihat sendiri Perhimpunan Bersih 3.0. Antara pimpinan pembangkang yang sempat saya lihat hadir dan memberi ucapan di jalan masuk Dataran Merdeka ialah Ketua AMK Shamsul Iskandar.

 

Saya boleh menjadi saksi bahawa perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 agak terkawal sepanjang malam 27 April dan pagi 28 April  walaupun berlaku beberapa kekecohan melibatkan anak-anak muda yang membuat provokasi terhadap kenderaan Polis yang lalu dihadapan mereka. Tetapi masih ada kalangan peserta Bersih yang menegur dan menghalang anak-anak muda yang saya percayai kumpulan AMK PKR dari terus membuat provokasi.

 

Malangnya, perhimpunan aman yang sepatutnya Duduk Bantah terhadap sistem pilihanraya bertukar menjadi rusuhan apabila pemimpin PKR yang diketuai Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Chegu Bard mengambil tempat membuat ucapan menghasut peserta Bersih dengan kenyataan anti-kerajaan. Pemimpin PKR ini mengambil kesempatan atas kehadiran peserta Bersih sedangkan pemimpin Bersih yang non-partisan seperti Pak Samad dan Ambiga sendiri tidak diberi peluang membuat ucapan di Dataran Merdeka sebelum rusuhan berlaku.

 

Penyokong Bersih harus sedar bahawa Perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 yang dirancang itu sepatutnya aman dan terkawal tetapi bertukar menjadi ganas kerana campur tangan melampaui pemimpin PKR. Dan sehingga kini Anwar Ibrahim bersama penyokongnya terus menyalahkan pihak Polis terhadap apa yang telah berlaku sabtu lalu,

 

Saya amat yakin jika Nik Aziz dan Haji Hadi Awang yang mengambil tempat Anwar Ibrahim dan Azmin Ali untuk memberi ucapan pada ketika itu, sudah pasti rusuhan tidak akan tercetus dan matlamat asal Perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 akan tercapai.

 

Penulis adalah Exco Kelab Chedet

www.kelabchedet,.com

 
Artikel ini disiarkan di Portal Kritis-Online

2 comments:

  1. Dasar perosak. memang la. Dimana ada Anuar, Azmin, disitulah kehancuran akan berlaku. & macam biasa la, baling batu, sembunyi tangan;)

    ReplyDelete
  2. tu dia tgk mamat A tu punyer senyum lebaq lg.. kembang kat hati dia kata ada can aku nak jd PM Malaysia..

    ReplyDelete