Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, April 19, 2012

TIBAI - Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim

Macam - macam NGO & Gerakan yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ini Alumni 'Geng Koonyet' menubuhkan gerakan baru yang dipanggil TIBAI. Siap ado MURSYIDUL AM lagi ... hehehe lantak ler. Jangan ada yang pernah kene 'tibai' dengan Anwar, cukup ler.
 
Pelancaran akan diadakan pada Ahad ini.
 
Sumber berita - Sinar Harian
 
Bekas pemimpin PKR tubuh gerakan bantah Anwar

 

Bekas-bekas pemimpin pengasas PKR menubuhkan kelab menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - dinamakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai).

 

Mursyidul Amnya, Muhammad Zahid Md Arip berkata, kelab ini ditubuhkan bagi memberi kesedaran kepada rakyat mengenai pembohongan yang dibuat Anwar.

 

Tibai akan dilancarkan secara rasmi pada 22 April ini di Kelab Sultan Sulaiman. Ia akan dirasmikan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

 

"Kita akan turun secara maksimum di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR bagi mendedahkan siapa Anwar sebenarnya.

 

"Kita akan fokuskan empat negeri iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

 

Ditanya bagaimana untuk menjadi ahli kelab itu, Muhammad Zahid berkata, keahlian adalah terbuka dan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

"Untuk jadi ahli, cukup hanya di dalam hati, sahaja aku sertai Tibai kerana ALLAH Taala," katanya.

 

Tibai turut ditubuhkan oleh 28 individu yang merupakan bekas pengasas PKR, antaranya Senator Mohd Ezam Mohd Noor; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Datuk Zulkifli Nordin; Senator Datuk S Nalakaruppan; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee ChoKeong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin; bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman dan Ng Lum Yong.

 

Kata Muhammad Arip lagi, walaupun Tibai menyokong Umno, mereka bertindak menubuhkan kelab ini tanpa pengaruh sesiapa kecuali atas kesedaran menyelamatkan negara daripada Anwar.

 

"Kita akan guna apa jua cara untuk halang Anwar, jika beliau berceramah, kita akan berada dalam ceramahnya," katanya.

 

6 comments:

  1. inilah puak2 setan...tidak kondusif.tidak boleh ka berpolitik secara bijaksana...

    apakah menubuhkan sebuah kumpulan berselindung di balik nama NGO itu bisa menghadirkan politik kondusif..

    bukalah hatimu...

    yg pasti NGO ini tidak ikhlas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nape yg tenteng die tu sume org2 kuat mase die dalam penjare dulu eh..mereka ni kalu dlu sgup mati dmi anwar ni..mgkin dorg tau kbnaran..kalu tak xkan penyokang setegar mereka boleh menentang..pikir2 kan..

      Delete
  2. Pd yg komen kt ats ni.Suke2 ko je pngil org setan.jgn2 ko r setan yg sebenar

    ReplyDelete
  3. Pada Uchi kay-f, ko buatla group Cintailah Individu Bernama Anwar Ibrahim (C.I.B.A.I.)tengok berapa ramai nak joint. Politik kondusif konon, selama ni puak pembangkanglah guna cara paling kotor. Kalau di sesetengah negara lain pemimpin yang ko puja tu dah wassallam.

    ReplyDelete
  4. Pengasas TIBAI sakit hati dengan Datuk Seri Anwar apa sebabnya?

    ReplyDelete
  5. Setahu saya majority rakyat Malaysia hari ini suka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya tiap-tiap malam doa kepada Allah semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh beliau mempunyai sokongan berjuta- juta rakyat Malaysia sekarang ini. Ramai yang berbondong-bondong nak beri sokongan kepada Datuk Seri Anwar memimpin negara Malaysia. Inikalilah....

    ReplyDelete