Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, April 18, 2012

Sekadar Renungan 2

Sudah beberapa kali Tun Mahathir berkata betapa UMNO kurangnya barisan pelapis dalam saf kepimpinan.

Kebergantungan UMNO kepada pemimpin yang sedia ada adalah sesuatu yg tidak sihat. Banyak pemimpin muda tidak diberi peluang dan 'dibunuh' penampilan mereka diperingkat cawangan lagi.

Ketua cawangan enggan mengalah dan masih ego tinggi, takut tergugat kedudukan mereka jika anak-anak muda yang berkebolehan menyertai UMNO. Tun Mahathir secara sinis menyatakan bahawa lama-lama hanya orang bodoh yang ada dalam UMNO sebab Ketua-ketua cawangan hanya akan benarkan anak-anak muda yang lebih bodoh dari mereka.

Berbeza dengan Pakatan Pembangkang yang sudah banyak melahirkan ikon-ikon anak-anak muda seperti Rafizi Ramli, Adam adli, Safwan Anang dan ramai lagi.

Siapa pula ikon-ikon anak muda untuk UMNO ?

No comments:

Post a Comment