Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, April 25, 2012

TERKINI - Nurul Izzah pertahan kerusi Parlimen Lembah Pantai

Walaupon blog ini membuat spekulasi bahawa anak sulung Anwar Ibrahim akan berpindah kerusi Parlimen ke Bandar Tun razak bagi menjamin kedudukan dalam Parlimen tetapi hari ini Nurul Izzah mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di Lembah Pantai.
 
Lawan nya nanti dijangka adalah Menteri Wilayah sekarang yang juga Ketua UMNO bahagian Pantai iaitu Raja Nong Chik. Ini adalah pertarungan sengit bagi BN dan pembangkang.
 
Kepada Nurul Izzah - Selamat Maju Jaya ! Harap kamu kalah nanti :)
 
 
Sumber berita - Sinar Harian
 
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan bertanding mempertahankan kerusi Lembah Pantai jika diberi peluang oleh partinya, sekali gus menafikan desas-desus mahu beralih ke bahagian Permatang Pauh.

 

Wakil rakyat penggal pertama ini menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk membuat keputuan muktamad tentang kerusi yang harus ditandinginya.

 

Nurul Izzah berkata, beliau bertanding di Lembah Pantai empat tahun lalu atas keputusan parti, dan dengan itu, "akan akur kepada sebarang keputusan parti" kali ini.

 

Bagaimanapun katanya, oleh kerana pengundi Lembah Pantai telah memberikannya kepercayaan pada 2008, beliau mahu meneruskan sumbangan kepada Lembah Pantai dan kekal bertanding di bahagian itu, salah satu kerusi dimenangani PKR dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

 

"Saya akan mempertahan kerusi Lembah Pantai, ya, saya sudah membuat persiapan untuk bertanding di Lembah Pantai, tetapi apa pun saya serahkan kepada parti untuk menentukan, Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun begitu... kami semua hanya askar, akan ikut arahan parti," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

 

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Nurul Izzah, anak perempuan Anwar, menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

 

Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, tidak turun gelanggang PRU12 tetapi memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil yang diadakan Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

 

Permatang Pauh yang dikategorikan sebagai antara kerusi yang selamat buat PKR disebut-sebut akan ditandingi oleh Nurul Izzah.

 

Nurul Izzah berkata, beliau sudah bersedia untuk bertanding di Lembah Pantai, yang dilihat sebagai antara bahagian 'panas' pada PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan dan halangan.

 

Salah satu rintangan yang dimaksudkan beliau ialah daftar pemilih yang diragui.

2 comments:

  1. pengundi lembah pantai tak akan lupa budi yg nurul telah taburkan dan tak sabar untuk mengundi.terasa terlalu lama untuk mengundi.

    ReplyDelete
  2. sy sebagai penduduk kampung kerinchi amat berterima kasih dengan khidmat YB Nurul. Jom minum kat restoren mamak malabari YB hehehe

    ReplyDelete