Sekali lagi Sin Chew Jit Poh dan Guong Ming Daily menyiarkan iklan mengenai ‘mangsa’ radioaktif kilang Asian Rare Earth (ARE). Iklan satu muka penuh tersebut disiarkan masing-masing di muka 18 dan 7 yang pastinya berjumlah lebih RM100,000 lagi, bertujuan merayu sumbangan RM10 dari kaum Cina bagi menentang operasi Lynas di mahkamah.
‘Mangsa’ tersebut, Cheah Kok Leong yang dilahirkan terencat akal dan cacat fizikal telah pun meninggal dunia hampir tiga minggu lepas. Namun, mendiang kini tidak tenang dan masih berdendam kerana tidak dapat membuktikan bahawa bekas kilang tempat ibunya bekerja, iaitu ARE adalah punca kecacatannya dan mungkin juga kematiannya.
Dan kini, seperti yang dipaparkan oleh iklan satu muka tersebut, mendiang sedang merungut kerana telah mati! (Complaints from heaven: I don’t want to die yet!!) Hebat sekali penangan radioaktif ARE sehingga walaupun sudah mati, masih lagi boleh berhubung dengan kita semua.
Sudah menjadi sikap pihak anti kerajaan untuk merungut mengenai segala-galanya. Kerana itu, walaupun berada di syurga, mereka masih lagi merungut.
Mungkin juga syurganya tidak begitu selesa kerana mendiang adalah dari jenis tak reti bersyukur. Mana tidaknya, sepatutnya orang yang sudah sampai ke syurga tidak ada penyesalan, tetapi mendiang masih ingin terus hidup di dunia walaupun dalam kecacatan. Justeru, mendiang telah ditempatkan di syurga paling lekeh - agaknya.
Sepatutnya, sebelum pihak Jawatankuasa Selamatkan Malaysia (Save Malaysia Committee (SMC)) bercakap mengenai Lynas dan mempermainkan mendiang Kok Leong, mereka harus terlebih dahulu membuktikan bahawa Kok Leong cacat dan akhirnya meninggal dunia disebabkan oleh pendedahan radioaktif dari kilang ARE.
Oleh itu, jika benar SMC adalah sekumpulan manusia yang ikhlas berjuang, prihatin dan bertanggungjawab, mereka wajib mengusahakan agar satu bedah siasat dilakukan bagi mengenalpasti punca kecacatan dan kematian Kok Leong sebelum memperalatkan mendiang bagi merayu sumbangan yang sebenarnya mereka tidak perlu pun.
Adalah tidak mungkin pihak yang mampu mengeluarkan wang sebegitu banyak untuk menempah ruang iklan dan menggerakan demonstrasi besar-besaran, tidak mampu menanggung kos perundangan.
Kini, Kok Leong telah pun berada di syurga dan apa yang tinggal hanyalah rekod mahkamah iaitu “tiada bukti kilang ARE menjadi punca kecacatan Kok Leong”.
Walaupun isu ini bukanlah isu Kok Leong atau ARE, tetapi demi mencapai tujuan mereka, pihak SMC telah mempergunakan Kok Leong sehingga mendiang menjadi tidak tenang di syurga.
Tindakan SMC ini tiada bezanya dengan tindakan DAP mempergunakan mendiang Teoh Beng Hock sebagai modal politik bagi mengalihkan pandangan ramai dari siasatan korupsi pemimpin mereka.
Hakikatnya, kilang Lynas telah dibuktikan sebagai selamat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan kita boleh menilainya sendiri melalui bukti-bukti saintifik yang dikemukakan.
Oleh itu, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki bahawa pihak ini, jika tidak bertujuan memberi publisiti kepada pembangkang terutamanya DAP, maka kemungkinan besar mereka sebenarnya ditugaskan untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi di Malaysia dengan apa cara sekalipun agar monopoli nadir bumi negara China tidak terjejas

No comments:
Post a Comment