Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, April 22, 2012

ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG ! PAS BODO KENE TIPU ! Gagal tunai janji YDP MAINPP


Anwar Masih Gagal Tunai Janji YDP MAINPP

AIDCNews – 21/04/12 – Meskipun menjelang pilihanraya umum ke-13, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi gagal menunaikan janjinya untuk melantik wakil PAS sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Pada 18 April lalu PAS Pulau Pinang membuka rahsia bahawa Anwar Ibrahim tidak menunaikan janji yang pernah dibuat dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir sebagai pada tahun 2009.

Rahsia itu dibuka selepas wakil PKR, Abdul Malik Kassim dilantik sebagai YDP MAINPP yang baru pada 10 April.

Wakil PKR, Datuk Mansor Othman yang juga Timbalan Ketua Menteri I mengakui kerajaan negeri tersilap syor nama Abdul Malik sebagai YDP MAINPP kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Syor kerajaan negeri itu telah dipekenankan Tuanku Abdul Halim pada 10 Februari.

Pada pilihanraya kecil Permatang Pasir 2009, Anwar dalam kempen pilihanrayanya berjanji akan melantik Salleh Man, sekiranya wakil dari PAS itu dipilih rakyat di kawasan tersebut.

Namun, walaupun Salleh Man berjaya memenangi DUN tersebut, janji Anwar itu tidak ditunaikan apabila kerajaan negeri mencalonkan Ellias Zakaria, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai YDP MAINPP untuk tempoh 2010 hingga 2011.

Kekosongan jawatan YDP MAINPP berlaku setelah Elias menamatkan perkhidmatannya pada 31 Dis 2011, namun sekali lagi nama Salleh Man tidak dicalonkan dan dibiarkan jawatan itu kosong hampir tiga bulan.

Mansor, dalam kenyataan media 18 April berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Februari lalu melantik Abdul Malik ke jawatan itu atas pencalonan yang dibuat oleh kerajaan negeri berdasarkan kapasitinya sebagai Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri.

Tetapi kini, Mansor mendakwa kerajaan negeri mahukan wakil PAS, Salleh Man sebagai YDP MAIPP mengantikan Abdul Malik dan kerajaan negeri akan berusaha untuk mendapatkan perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk membuat merayu pertukaran jawatan tersebut.

Ditanya lanjut kenapa perlu dibuat pertukaran jawatan tersebut, Mansor berkata disebabkan janji Anwar Ibrahim yang akan melantik Salleh sekiranya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pasir pada 2009.

Dalam pada itu, Mansor berkata, sementara menantikan rayuan yang dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong itu, Salleh akan mempengerusikan semua mesyuarat MAINPP.

Keesokan harinya, Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mengesyorkan agar Abdul Malik mengosongkan kerusi YDP MAINPP dalam kadar segera sama ada meletakkan jawatan atau menolak pelantikannya ke jawatan tersebut.

“Tindakan ini sangat wajar bagi menunjukkan sifat bertanggungjawab atas kesilapan kerajaan negeri seperti yang diakui, di samping menambah keyakinan rakyat dan kepercayaan pengundi terhadap janji pilihan raya ketika pilihan raya kecil Permatang Pasir yang lalu.

“Ia juga akan menambah baik imej Abdul Malik selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang diberi amanah portfolio agama, sekali gus imej Pakatan Rakyat itu sendiri terutamanya di Pulau Pinang,” kata Afnan Hamimi Taib Azamudden, Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang.

Meskipun tiada watikah rasmi, Salleh telah mempengerusi mesyuarat pertama MAINPP pada 19 April.

Bekas YDP MAINPP, Datuk Shabudin Yahya menyuarakan kekhuatiran mesyuarat yang dipengerusikan Salleh itu tidak sah sedangkan penyandang rasmi Abdul Malik masih belum dilucutkan jawatannya.

Shabudin berkata, perlantikan Abdul Malik sebagai YDP MAINPP itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 10 Februari lalu masih lagi belum terbatal mahupun ditarik balik dan sepatutnya beliau (Abdul Malik) perlu mempengerusikan mesyuarat setiap mesyuarat yang diadakan.

Pada 20 April, Abdul Malik berkata beliau tidak akan lepas jawatan YDP MAIPP dan akan meneruskan tugasnya seperti biasa.

Katanya, beliau tidak akan melayan sebarang desakan agar beliau melepaskan jawatan YDP MAIPP.

“Saya tidak hirau dengan sebarang desakan berkaitan isu pelantikan jawatan Yang Dipertua MAIPP dan sebagainya.

“Semua kerja pentadbiran urusan agama di Pulau Pinang berjalan seperti biasa dan seperti apa yang diputuskan. Saya berkhidmat macam biasa,” katanya

No comments:

Post a Comment