Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, April 4, 2012

Najib: ‘Selepas 3 tahun rakyat mula percaya’

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap tempoh tiga tahun beliau menerajui tampuk pemerintahan negara sebagai suatu pengalaman yang mengujakan dan penuh cabaran.

"Kami telah melalui perjalanan yang panjang dalam tempoh tiga tahun. Apabila kita bermula, kami bermula daripada kedudukan yang penuh cabaran, dengan tsunami politik dan terdapat banyak kewahaman dan kesinisan.

"Tetapi selepas tiga tahun, rakyat mula lebih percaya dan yakin dengan kerajaan. Rakyat percaya kami boleh melakukannya dan kami telah pun membuktikannya," katanya kepada wartawan Malaysia pada satu sidang media di sini.

Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-20 yang berlangsung selama dua hari.

Beliau berkata, angka makro kelihatan sangat baik dan sektor swasta telah memberikan respons yang memberangsangkan.

Najib mengambil alih pucuk kepimpinan kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata pelaburan langsung asing telah mencapai rekod tertinggi selepas 10 tahun dengan nilai pelaburan berjumlah RM120 bilion direkodkan dalam masa satu tahun.

Beliau berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga mencapai tahap tertinggi dan kerajaan berupaya mengurangkan defisit fiskal.

"Semua ini memberi petunjuk bahawa kami telah mencipta satu momentum baru sepanjang tahun berkenaan. KDNK kita baik. Kesemua NKRA telah melebihi sasaran dan cabaran seterusnya adalah untuk meneruskan momentum kerana kita telah mencapai banyak kejayaan dalam masa tiga tahun.

"Insya-Allah, berikan kami lima tahun lagi, kami akan melakukan lebih banyak lagi," kata beliau.

Najib berkata beliau terkejut kerana sudah tiga tahun berlalu.

"Saya rasa berpuas hati kerana (anggota) Kabinet telah banyak member sokongan. Saya tidak dapat melakukannya sendirian. Rakan-rakan saya telah menyokong saya selama ini.

"Kami telah mengotakan janji-janji yang kami buat dan ini sangat penting. Apabila kami berjanji, kami menunaikannya," kata Perdana Menteri.

Mengenai cabaran politik yang beliau hadapi, Najib berkata pembangkang akan menggunakan apa jua isu dan mereka pula tidak konstruktif untuk mencari penyelesaian sebaliknya memanjangkan isu-isu sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Minda pemikiran mereka bukannya untuk mencari penyelesaian tetapi untuk mencipta dan memanjang-manjangkan isu," kata beliau.

14 comments:

  1. Tahniah PM DS Najib dn TPM TS Muhyiddin...yg telah menunjukkan prestasi dn rekod cemerlang sepanjang 3 th pentadbiran mereka berdua sbg PM dn TPM!...tahniah juga kpd barisan pasukan anggota kabinetnya yg banyak menyokong...spt kata DS Najib... ' ini merupakan satu perjalanan nasional ke arah cita2 kebangsaan membentuk sebuah negara maju utk mencapai wawasan 2020'...Sy ingin petik kata2 YABhg Tun Daim Zainuddin mengenai PM kita ni... 'PM Najib Tun Razak dilihat dah bersedia utk membawa negara ke hadapan setelah diuji dgn pelbagai dugaan dn ranjau yg paling sukar!...sejak 1976 Najib telah menunjukkan kebolehan menyelusuri dn mengasah bakat dlm arena politik, berkemahiran, punya kelebihan senioriti, pengalaman serta mempunyai rangkaian yg lebih baik berbanding mereka yg seusia mahu pun yg lebih senior dgnnya!...tambah Daim lagi... 'jika anda membezakan ciri2 antara kedua2 pemimpin, Anwar dan najib, anda akan terdorong utk memberi markah yg lebih tinggi kpd Najib!...beliu telah berada dlm pemuda UMNO beberapa th sebelum kemasukan Anwar, beliau telah biasa dgn personaliti dan isu2 yg melanda dan terbukti pemikirannya amat tajam dlm mesyuarat tertutup... beliau sgt berkeyakinan dn mampu utk berdepan dgn khalayak ramai,' kata Tun Daim ketika mengulas perkembangan politik tanahair 2012...bagi kami rakyat Malaysia amat bangga dgn pencapaian cemerlang negara selepas 3th di bawah PM DS najib dn Insya-Allah rakyat akan terus memberikan sokongan kpd kerajaan BN yg tlh pun menunjukkan kesungguhan hingga semua NKRA tlh melebihi sasaran!...mudah-mudahan kerajaan akan meneruskan momentum terbaik ni utk mencipta lebih banyak kejayaan lagi... doakan PM DS Najib dn TS Muhyiddin terus sihat,dipanjngkan umurnya utk terus memimpin kita...Insya-Allah!

    ReplyDelete
  2. satu lagi kelebihan yg telah berjaya ditunjukkkan PM najib....beliau telah berjaya membuat lawatan ke Gaza....keberaniannya amatlah memba
    nggakan kita rakyat malaysia....media2 arab telah memuji keberanian pm kerana menjadi pemimpinp Islam yg bukan dalam kalangan Negara Arab berani masuk ke zon perang yang amat bahaya kerana keadaan di sana masih belum selamat ....sesungguhnya PM najib kebanggaan kami rakyat malaysia!

    ReplyDelete
  3. hanya PM ds Najib Tun razak yg dapat membawa keharmonian, perpaduan, kemajuan dan kegemilangan negara kita Malaysia berbanding pemimpin pembangkang lain yang hanya banyak bercakap tapi tak serupa bikin...lihat saja kepada Manifesto pembangkang yg lebih kpd fantasi dan khayalan semata2...

    ReplyDelete
  4. najib jauh meninggalkan pesaing-pesaingnya...terbukti karisma dn ketokohannya begitu menonjol sepanjang 4 tahun pemerintahannya...kejayaanya dalam mentransformasikan negara dapat dirasai rakyat hingga ke akar umbi...tahniah BN...rakyat tetap memerlukanmu utk terus mentadbir negara!

    ReplyDelete
  5. beza UMNO dgn PAS adalah PAS gunakan agama untuk kepentingan politiknya...manakala UMNO gunakan politik untuk kepentingan agama...jelas perjuangan UMNO lebih relevan demi menegakkan agama bangsa dan negara...rakyat masih memerlukan BN sbg peneraju negara...hidup BN!

    ReplyDelete
  6. peristiwa Lahat Datu menyerlahkan kepimpinan Pm Najib sbg PM yang tegas lagi bertanggungjawab...tak silap rasanya kalau saya katakan bahawa semua akyat memerlukan keselamatan dan keamanan dalam kehidupan mereka...PM yag kita cari selama ni dah kita temui iaitu PM DS Najib bin Tun Hj Abd Razak...jgn lupa undilah BN demi kelangsungan pemerintahan cemerlang beliau...selamat mengundi dan diberkati Allah!

    ReplyDelete
  7. PM ds Najib sebutir permata yang amat berharga kpd kita rakyat malaysia!..semoga DS diberikan kesihatan yg baik dn dipanjangkan umurnya oleh Allah swt utk terus memimpin kita..

    ReplyDelete
  8. pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh beri sokongan penuh kpd PM pada malam kelmarin dlm perjumpaan dihadiri 60,0000 masyarakat Cina yg berjaya mencatat sejarah dlm Guiness book of record...tahniah dn syabas kpd rakan-rakan masyarakat Cina yg telah menunjukkan keyakinan mereka kpd Pm Najib yang mereka kenal sebagai AH Jib Gor...perjumpaan terbesar di PKFZ itu turut menyatakan sokongan secara terbuka kpd PM utk terus menerajui negara yg telah disarankan oleh Datuk michelle Yeoh...tahniah dan syabas penduduk Cina di Klang...mereka bijak dan sedar bahawa faktor prestasi ekonomi malaysia adalah menjadi penentu mereka memilih Ah Jib Gor...TQ!.

    ReplyDelete
  9. yg penting kpd majoriti masyarakat cina adalah siapa yg mereka yakini boleh membawa Malaysia ke mercu kejayaan dlm meningkatkan kemajuan ekonomi negara agar mereka dpt memajukan perniagaan dlm negara yg menjanjikan keamanan...mereka melihat Ah Jib gor jauh lebih diyakini berbanding Anuwar yg banyak buang masa memburukkan negara yg mana kurang baik dari sudut nak menarik lebih ramai pelabur datang melabur di negara kita!

    ReplyDelete
  10. masyarakat Cina akan pilih pemimpin yg realitinya rajin, kuat berkerja dan bijak yg mampu melonjakkan ekonomi negara...sebab majoriti mereka adalah terlibat dlm perniagaan...ekonomi negara yg stabil amat penting kpd mereka...mereka tidak akan menolak usaha PM membawa negara ke tahap negara maju menjelang 2020...tidak menyokong PM bererti kita menolak kemajuan keamanan dan penyatuan bangsa Malaysia...

    ReplyDelete
  11. Ingatlah!...Jangan disekat air yang sedang mengalir dengan lancarnya menuju ke destinasinya...kalau disekat atau diganggu ibarat parit atau sungai maka pecahlah tebingnya dan air akan membajiri dan merosakkan kawasan sekeliling lantas rosaklah tanaman, ternakan dan menenggelamkan rumah penduduk di sekeliling... kita juga yg rugi menyesal tak sudah... bak kata peribahasa nasi sudah menjadi bubur!

    ReplyDelete
  12. betul tu!...Tatap tolak pembangkang...pangkah BN tau!

    ReplyDelete
  13. kami sekeluarga akan undi BN...sama2 lah kita mendoakan kejayaan BN...InsyaAllah!

    ReplyDelete
  14. akhirnya kemenangan menjadi milik BN...tahniah dn besyukur ke hadrat Allah swt ds najib terus menerajui negara...mudah-mudahan tercapai segala cita2 membawa negara menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020!...insyallah!

    ReplyDelete