Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, April 3, 2012

Kerana AMBIGA, PAS tak kisah umat Islam Murtad ?

Akibat sekian lama bersekongkol untuk menjayakan dasar liberal dan konon mahu menyamatarafkan semua warganegara setelah terikut gaya politik DAP, akhirnya PAS secara terbuka mengisytiharkan dasar perjuangannya kini tidak lagi mempedulikan masalah murtad yang melanda segelintir orang Islam.

 

Bagi PAS, isu rasuah dan masalah pengundi hantu yang seringkali menghantui minda PAS jauh lebih utama jika nak dibandingkan dengan isu murtad. Maklum sajalah semenjak bertuhankan slogan 'negara berkebajikan', hal ehwal akidah umat hanya layak dipandang sepi dan dikesampingkan apatah lagi sensitiviti pengundi DAP lebih penting untuk difikirkan.

 

Teringat kisah dulu-dulu saat PAS amat sensitif dan pantang dicuit dengan masalah segelintir orang Islam yang tergelintir akidah, lantang sungguh pembawaan PAS tika itu. Pagi dan petang, siang juga malam berduyun-duyun penyokong PAS memenuhi gerakan anti murtad demi kasih dan cintanya nasib saudara seagama.

 

Tapi itu kisah dulu, hanya layak dikenang dan tidak lagi berguna untuk diungkit sebagai memori sebuah perjuangan. Saat ini matlamat menuju Putrajaya seperti yang dimimpikan saban waktu itu teramat penting sekali jauh mengatasi kepentingan akidah umat.

 

Kata orang tua, lain hulu lain parangnya, lain dulu kenalah lain sekarang sikapnya supaya tidaklah dipandang serong oleh rakan sepakatan kiasu yang dah banyak menabur budi dan menjanjikan sokongan solid untuk Parti Islam Semalaysia.

 

Malang bagi sesiapa yang masih menyokong PAS saat ini kerana masih belum sedar tipudaya PAS yang selama ini hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik.

 

3 comments:

  1. halau jer minah paria nie dari malaysia...abis citer

    ReplyDelete
  2. YANG LEBIH BAIK MASING2 YG EMPUNYA DIRI YG MENGAKU DIRINYA BERAGAMA 'ISLAM'....(TERMASUK PEMBANGKANG2) PERBANYAKAN LAH BERZIKIR KEPADA 'ILLAHI' DGN NIAT SUPAYA DAPAT 'MELEMBUTKAN HATI' UTK DIRI SENDIRI DAN JUGA MENYELAMATKAN NEGARA MALAYSIA INI DR DIJAJAHI OLEH ORANG KAFIR... JGN ADA SIFAT LUPA-DIRI DAN TAK PERNAH HENDAK BERSYUKUR DGN NIKMAT, KESELESAAN, AMAN, ITU SEMUANYA 'RAHMAT' YG DIBERIKAN OLEH 'ILLAHI'.... MASIH TAK CUKUP2 LAGI KE....? MENGAPA MASIH LAGI MENGEJARKAN 'KEKAYAAN, PANGKAT DAN KUASA'....? TAK NAK INSAF KE...? ATAU NAK TUNGGU SAMPAI 'TUHAN' MURKA...? TAK CUKUP KE DGN 'BALAK'(MUSIBAH) YG KECIL2 MELANDA DINEGARA INI TAK SEDAR/INSAF LAGI KE....? ATAU TUNGGU LAGI YG LEBIH BESAR MUSIBAH 'NYA'... BARU NAK SEDAR...? MASA TU DAH LAMBAT LAH.... KERANA K.E.I.N.G.A.R.A.N... DIRI MASING2.... TAK MAHU M.E.N.G.A.L.A.H.... AYUH LUPAKAN POLITIK WANG.... SEKETIKA BERSIHKAN DIRI JAUHI SYAITAN/IBLIS YG MELANDA DIJIWA TAK HENTI2 NYA... MARI BERSAMA2 BERZIKIR 'ISTIGHFAR'(ASTARHFIRRUALLAAZIM..)BERULANG2 KALI...SEMASA LAPANG DAN SEBELUM TIDUR.... DAN AMALKAN BANGUN PAGI AMBIL SEGELAS AIR PUTIH/JERNIH DAN SELAWAT NABI(MUHAMMAD) 3X DAN TIUP KE DLM AIR ITU LALU MINUM DAN SELEBIHNYA SAPUKAN KEKAUB MUKA...DGN IKHLAS NIAT... BERSIHKAN JIWA DARI SEGALA 'MUSYIRIK'(SYIRIK).... - 'INSYALLAH' 'SUBBHANALLAH'.....'AMIN'... YA 'RABBILLALAMIN'......

    ReplyDelete
  3. SBGN.......MALAYSIA BOLEH......!! - OMBAK BIRU VII

    ReplyDelete