Minda Hijrah Headline Animator

Monday, April 16, 2012

Anugerah RASIS untuk Lim Guan Eng !

Anugerah rasis — Awang Selamat

Awang angkat topi dengan pendedahan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan mengenai satu lagi kenyataan rasis daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Cheng Guan tidak putus-putus tampil ke hadapan membetulkan banyak kepincangan dan belang sebenar Guan Eng. Demi kebenaran dan atas nama kepentingan negara, beliau tidak gentar.

Dalam pendedahan beliau, Guan Eng didakwa memberi amaran kepada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) agar jangan melanggan akhbar arus perdana berbahasa Melayu termasuk Utusan Malaysia.

Awang senyum sendirian kerana Guan Eng begitu takut kepada akhbar arus perdana sehingga terpaksa menghasut pelajar sekolah. Biarkanlah. Awang sedikit pun tidak terganggu kerana beberapa faktor yang sudah terpahat kuat dalam minda.

Pertama, Guan Eng sememangnya tokoh yang paling rasis di tanah air ini. Sudah banyak kenyataan beliau yang bersifat perkauman. Jika ada anugerah paling rasis, beliau calon yang pasti menang. Imej beliau tercemar teruk dan susah untuk dibersihkan walaupun menggunakan pancutan meriam air.

Kedua, reputasi Guan Eng sentiasa dipersoalkan. Banyak kenyataannya membawa mudarat dan memalukan diri sendiri serta partinya. Antara yang mencetuskan kontroversi ialah kenyataannya bahawa Johor bukan destinasi pelaburan sesuai kerana kononnya banyak berlaku jenayah. Tindakannya itu dilihat bukan sahaja menghina rakyat dan negeri Johor malah sebagai cubaan mensabotaj ekonomi negeri itu.

Ketiga, Guan Eng terdesak untuk meraih sokongan kaum Cina dengan menanam kebencian selepas popularitinya makin jatuh ekoran perdebatan dengan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek.

Keempat, beliau tiada merit dalam politik. Pendakiannya dalam hierarki DAP diketahui ramai atas faktor kronisme. Awang dapat tahu, ia sememangnya menjadi bahan sinikal di kalangan sebahagian ahli DAP. Kalau bukan kerana bapanya, Lim Kit Siang, tak mungkin Guan Eng menjadi Setiausaha Agung dan Ketua Menteri pada hari ini. Tahniah kepada anak beranak atas kejayaan tersebut.

Sayang sekali. Terdapat ramai pemimpin DAP yang berkebolehan dan matang tidak diangkat antaranya Dr Tan Seng Giaw. Di Pulau Pinang, ada beberapa pemimpin muda DAP lebih layak diberi peluang berbanding Guan Eng yang merupakan anak kelahiran Melaka. Awang percaya jika Seng Giaw menjadi Ketua Menteri, beliau akan menjadikan Pulau Pinang negeri yang harmoni untuk semua kaum dan imej DAP pasti melonjak.

Seng Giaw juga tidak mudah melatah, tidak retorik kosong, pandai menghormati orang dan cukup disegani sama ada kawan mahupun lawan. Akibat kronisme, kini cara Guan Eng mentadbir macam budak-budak . Emosi lebih menonjol daripada akal.

Kit Siang wajar berada di sisi anaknya sepanjang masa untuk memberikan bimbingan. Nasihat bernilai 10 sen daripada Awang, jangan biarkan Guan Eng melakukan lebih banyak kesilapan, keangkuhan dan terlalu rasis. Mahu jadi pemimpin kena ada kelas. Yang dungu, mesti diajar. — Mingguan Malaysia

3 comments:

  1. Perjuangan komunis diteruskan cucu cicit mereka dalam dap. Jangan kita bersubahat dengan mereka

    ReplyDelete
  2. jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv .ESPN,STAR SPOTS ,EUROSPORTS dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah

    ReplyDelete
  3. Bukam Lim Guan Eng sahaja yang bersifat rasis tetapi kebanyakkan pemimpin DAP yang begitu tetapi kenapa masih ramai yang tak sedar atau takut untuk menyatakannya. Takut kena saman tak

    ReplyDelete