Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, March 31, 2012

SUARA RAKYAT : Kenapa Pembaziran Hasan Ali Dibangkitkan Sekarang?

PENULIS sambut baik pendedahan mengenai penyelewengan dan pembaziran bekas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sebanyak RM 800,000 semasa menjawat jawatan Exco oleh ADUN Bukit Antarabangsa, YB Azmin Ali dalam persidangan DUN Selangor.

Cuma yang menimbul persoalan, kenapa pendedahan ini dibuat sekarang, kenapa tidak dibuat pada waktu dan ketika kesalahan ini dikesan?

Adakah Azmin cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa selama ini kerajaan Selangor melindungi kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan anggota Exconya, dan hanya membuat pendedahan setelah anggota tersebut disingkir dari kerajaan negeri?

Jika itulah kisahnya, maka diantara semua anggota Exco Selangor sekarang, berapa banyak penyelewengan dan salahguna kuasa yang telah dilakukan tapi tidak didedahkan kepada umum kerana tidak mahu menjatuhkan maruah kerajaan negeri Selangor?
Penulis bukan menuduh tapi kita bercakap inilah persepsi rakyat Selangor sekarang.

Lagipun, sejak TS Khalid ‘disingkirkan’ dari jawatan Pengerusi PKR Selangor (disebalik kedudukkan sebagai Menteri Besari) untuk digantikan dengan Azmin, ‘perang dingin’ antara keduanya diketahui semakin buruk.

Sebenarnya, apa yang penulis cuba nak sampaikan, pendedahan Azmin itu tidak kena pada masa dan ketikanya.  Azmin nampaknya mengulangi cara yang biasa dilakukan UMNO dalam menjatuhkan imej pemimpinnya yang disingkirkan secara paksa iaitu dengan mendedahkan segala kesalahan yang kononnya pernah dilakukan pemimpin tersebut selama berkhidmat di dalam parti.

Penulis tidak mahu menyebutkan siapa pemimpin tersebut kerana kurang sopan, tapi Azmin sudah tentu maklum dengan pemimpin mana yang penulis maksudkan kerana beliau adalah antara yang pernah berada di dalam situasi tersebut.

Atau paling tidak, bandingkan sahaja dengan apa yang menimpa Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir sekarang.

Tanpa disedari Azmin, air muka dan maruah Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar turut tercemar kerana dianggap membiarkan masalah ini berlaku di depan matanya, dibawah bidang portfolionya (kewangan).  Sedangkan Selangor berusaha keras menonjolkan imej bersih dan bebas dari penyelewengan oleh pemimpin kerajaan negeri.

Semua ini musnah dalam sekelip mata kerana ‘sabotaj’ Azmin Ali.

Azmin yang penulis kenali adalah seorang taktikal politik yang licik, takkanlah implikasi sedemikian tidak disedarinya – melainkan beliau memang mahu melihat maruah TS Khalid diinjak-injak ke tahap paling rendah dengan menjadikan Hasan Ali sebagai alasan.

Apakah agaknya reaksi Azmin jika Hasan Ali menuduh semua perbelanjaan yang disebutkannya itu adalah dengan persetujuan TS Khalid sebagai Exco yang bertanggungjawab dibawah portfolio kewangan negeri?  

Tidak kah terfikir oleh Azmin bahawa perkara itu akan merendahkan lagi intergriti kerajaan negeri Selangor?

Penulis tahu ramai ahli PKR pelbagai peringkat sudah mula tidak senang dengan Azmin Ali sekarang kerana sikapnya yang kadang kala melebihi kuasa Presiden dan Ketua Umum sendiri.

Demi perpaduan parti, semua ini dipendamkan dari pandangan ramai.  Tapi janganlah mengambil kesempatan dengan cuba merosakkan intergriti negeri dimana beliau sendiri mempunyai peranan besar di dalamnya. - SUARA RAKYAT

1 comment:

  1. azmin ali buka pekong didada. siapakah yg meluluskan peruntukan rm300k tu...adooiii

    ReplyDelete