Minda Hijrah Headline Animator

Friday, March 30, 2012

Pegawai SPRM "Masuk Bakul Angkat Sendiri" ?

'We're best among the best' begitulah kata-kata pujian dari Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Mohd Shukri Abdull terhadap agensinya sendiri seolah-olah dia mahu masuk bakul angkat diri sendiri.

Kata Shukri, SPRM banyak buat siasatan tapi Peguam Negara sendiri yang tak mahu ambil tindakan kononnya tak cukup bukti. Kenyataan Shukri ini seolah-olah memberi gambaran bahawa Peguam Negara tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

Kalau benarlah kes-kes SPRM ini tak cukup bukti bermakna Peguam Negara perlu mengarahkan SPRM buat siasatan semula hingga terdapat cukup bukti seperti mana yang dikhendaki. Bukankah itu menunjukkan SPRM sendiri yang BENGAP kerana menghantar kertas siasatan yang tak lengkap dan tak cukup bukti hingga sukar untuk Peguam Negara membuat pertuduhan yang boleh menyabitkan kesalahan mereka yang terlibat???

SPRM boleh siasat 1000 kes sekali pun tapi itu tidak bermakna siasatan mereka sudah cukup sempurna, apa lagi Shukri sendiri mengaku bahawa beban kes SPRM cukup banyak, tentu ada perkara-perkara yang SPRM sendiri terlepas pandang terutama dari sudut perundangan hingga sukar untuk Peguam Negara membuat pendakwaan.

Shukri perlu ingat, Peguam Negara bukan macam SPRM, kalau kes tak sangkut pun kerja SPRM boleh dianggap selesai tetapi implikasi yang ditanggung oleh Peguam Negara bila setiap kali kes mereka ditolak mahkamah tentu akan mengecewakan rakyat dan ini sekali gus beri persepsi buruk terhadap kerajaan kerana dianggap buat kerja sambil lewa.

Adakah kenyataan Shukri ini membayangkan yang Peguam Negara cuba melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu di dalam kerajaan hingga Peguam Negara takut pula mendakwa mereka itu?? Jika itu yang beliau maksudkan ternyata beliau sendiri telah melanggar etika sebagai seorang kakitangan kerajaan. Beliau sendiri sepatutnya dihadapkan ke Lembaga Disiplin kerana mengeluarkan kenyataan yang mengudang kekeliruan hingga menimbulkan syak wasangka buruk rakyat terhadap kerajaan.

Setahu aku Akta SPRM 2009 yang menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1961 telah beri lebih banyak kuasa kepada pegawai SPRM untuk buat pendakwaan terus terhadap pesalah-laku tampa perlu menunggu "lampu hijau" daripada Jabatan Peguam Negara???

Apa pun, sepatutnya agensi yang sensitif seperti SPRM ini hanya membenarkan CEOnya saja memberi apa jua komen yang berkaitan dengan agensi mereka. Aku harap perkara seperti ini PERLU diperbetulkan dengan segera. Jangan pula ada pihak yang menganggap SPRM sekarang sedang cuba memberi tip-tip untuk dijadikan bahan kempen pihak pembangkang menghentam kerajaan.

Perbincangan lanjut : http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=4801#67637

 


Malaysiakini wrote:
SPRM: Kami siasat banyak, tapi tak didakwa 



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa terdapat kes rasuah yang telah disiasat tetapi tidak didakwa di mahkamah oleh pejabat peguam negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, ia berpunca kerana apabila sesuatu kes di bawa ke mahkamah, bukti yang dikemukakan tidak mencukupi.

"Tujuan SPRM ditubuhkan adalah untuk ambil tindakan terhadap orang yang lakukan rasuah. Kita tak boleh tangkap berdasarkan sentimen.

"Banyak kes yang disiasat tetapi tidak didakwa... Tak bermaksud tiada kes. Ada kes. Tapi bila (hendak) bawa ke mahkamah, mereka (pejabat peguam negara) kata tak cukup bukti. Masyarakat kena faham.

"Tak timbul isu kita tak ambil tindakan terhadap 'ikan besar' atau tidak. Kita buat kerja siang malam. Kes rasuah rumit. Bukan mudah untuk dapat kerjasama orang ramai kerana tiada siapa yang nak bercakap,"
katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.

Mohd Shukri juga berkata, kes rasuah berbeza dengan jenayah lain kerana ia melibatkan kawan rapat, rakan parti dan ahli keluarga yang tidak akan 'buka mulut'.

"Mereka tak kan bercakap. Siapa yang nak datang bercakap bila kita tanya? Kita tak ada kuasa untuk dakwa orang," katanya.

Rafizi rela kerja separuh masa dengan SPRM

Sementara itu itu, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pula mencadangkan agar peguam negara ditukar bagi memudahkan siasatan dilakukan oleh SPRM.

Menurut Rafizi, negara memerlukan seorang peguam negara yang jujur serta bekerjasama dengan SPRM agar setiap kes boleh dihadapkan ke mahkamah.

"Kalau saya jadi perdana menteri... Tapi saya tak jadi lagi... Tanpa ubah perlembagaan, kita boleh tolong pegawai SPRM dengan (cara) menukar peguam negara. Peguam negara yang ada sekarang mempunyai rekod buruk, terkenal dengan memerapkan 20, 30 fail.

"Kita perlu cari peguam negara yang jujur yang akan bekerjasama dengan SPRM supaya, tidak kisah Pakatan Rakyat ke, BN atau pensyarah, kalau dia rasuah, akan dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Rafizi bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan Mohd Shukri mengenai saksi yang sukar 'buka mulut' kerana masyarakat kini sudah berubah dan berani untuk membongkar sesuatu kes.

Merujuk kepada isu Pusat Fedlot Nasional, Rafizi berkata, hampir kesemua maklumat dan dokumen diberi oleh orang ramai.

"Masyarakat dah berubah. Sekarang ni kami sampai tak cukup tangan nak siasat. Maklumat, dokumen orang bagi tiap-tiap hari. Masyarakat kita telah ke depan kerana mereka yang rasa bahana dan jahanamnya gejala rasuah ini.

"Saya jika diberi peluang, rela kerja separuh masa dengan SPRM kalau diberi jaminan untuk menyiasat menteri yang berprofil tinggi ini," katanya.

No comments:

Post a Comment