Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, March 27, 2012

Kelab Chedet : Sikap Dong Zong menakutkan orang Melayu ?

Ramai yang kecewa melihat sikap biadap ahli-ahli Persatuan Jawatan­kuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) yang dikatakan menumbuk Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong. Kekecewaan ini bukan sekadar terhadap sikap biadap mereka itu tetapi juga terhadap perjuangan persatuan itu yang dilihat begitu rasis dan tidak releven dalam membantu pembentukkan satu identiti bangsa Malaysia.

 

Dong Zong dikatakan tidak berpuas hati terhadap Kementerian Pelajaran yang dikatakan gagal menagani masaalah kekurangan guru di SJKC. Mungkin Dong Zong lupa bahawa Perlembagaan hanya mewajibkan dasar pendidikan bahasa kebangsaan. Oleh itu kerajaan hanya wajib mengurus dan memberi bantuan rasmi kepada sekolah yang beraliran bahasa kebangsaan saja.

 

Manakala pendidikan yang tidak menggunakan aliran bahasa kebangsaan tidak pernah dihalang daripada berkembang asalkan mereka mahu menanggung sendiri segala kos pengedalian pendidikan yang mereka pilih itu. Sebab itu di zaman 60an dulu semua SJKC dikendalikan sendiri oleh pihak pengurusan sekolah tersebut tampa mengharapkan apa-apa bantuan atau dana kerajaan.

 

Tetapi sekarang keadaan sudah berbeza, nampaknya kerajaan pula terpaksa menanggung beban segala masaalah dan kos SJKC kerana pertimbangan politik. Ia bukan saja membebankan kerajaan tetapi bercanggah dengan khendak Perlembagaan itu sendiri.

 

Akibat daripada obligasi kerajaan yang TIDAK diwajibkan itu, hari ini kita lihat ramai anak-anak Cina yang tidak lagi fasih berbahasa kebangsaan berbanding pendatang asing. Jadi bagaimana mereka dapat mengidentitikan diri mereka sebagai "anak watan" negara ini jika penguasaan bahasa kebangsaan mereka sendiri lebih teruk daripada pendatang asing??

 

Sebaiknya ahli-ahli Dong Zong patut mencontohi sikap Wee Ka Siong, walau pun beliau terpaksa membela SJKC atas kapasiti beliau sebagai Timbalan Menteri Pelajaran namun kefasihan beliau menguasai bahasa kebangsaan menunjukkan beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab beliau mengidentitikan dirinya sebagai "anak watan" negara ini.

 

Oleh itu Dong Zong tidak perlu jadi gulungan ektrimis dalam membuat tuntutan, sebaliknya mereka patut menjadikan kekurangan yang ada sekarang sebagai kelebihan dan cabaran kepada kaum mereka untuk mendidik anak-anak mereka supaya jadi lebih fasih menguasai bahasa kebangsaan berbanding dengan anak-anak Melayu. 
 
Jika Dong Zong hanya pandai bersikap rasis dan ektrimis dalam bidang pendidikan, sudah tentu sukar untuk kaum Cina menuduh Perkasa sebagai pertubuhan yang rasis dan ektrimis hanya kerana menjaga kepentingan ekonomi orang Melayu.
 

4 comments:

  1. Dah macam gerakan komunis

    ReplyDelete
  2. Kalau kaum india dan cina tidak boleh menerima apa yang dipersetujui di dalam perlembagaan tunggu apa lagi, KITA MELAYU pun tak bersetujui memberi kerayaktan kepada mereka.Biarkan mereka berbendong ke Negeri asal keturunan mereka, India dan Tanah Besar Cina.Tampa mereka sejarah membuktikan ZAMAN EMPAYAR MELAYU MELAKA telah maju di kurun tersebut.

    ReplyDelete
  3. Mana ada negara lain yang bagi sekolah vernikular. Cina bukit tidak tahu bersyukur

    ReplyDelete
  4. Mudah sahaja kalau orang Islam nak amalkn tuntutan Islam dn ajaranya perkara yg bahaya ini akan lenyap sendirinya.
    UMNO DAN PAS MESTI BERJIHAD BUANG SEMANGAT DAN SIFAT ANGKUH KEDUA PIHAK KALAU MASIH SAYANGKAN NEGARA DAN NASIB MASA DEPAN ANAK CUCU CICIT KITA.
    Gerakkn sekarang ketika masih berkuasa. Bersatu demi BANGSA NEGARA AGAMA DAN RAKYAT MALAYSIA YG BERBAGAI BANGSA MEMANG MENDUKUNG KEAMANAN KESELAMATN DAN KEMAJUAN.
    SEKARANG MASANYA DGN TAKDIR ILAHI PENGHALANG UTAMA SUDAH MENDAPAT HUKUMANYA. MAAF KASAR BUNYI TAPI DEMI ISLAM DAN NRGARA TERPAKSA KUA...MAAF NIAT DAN NAWAITU SUPAYA KITA KEMBALI KUAT DAN BERKUASA SEBAGAI PEMERINTAH YG ADIL DAN TIDAK BOLEH D PERLEKEHKAN.
    SYABAS MB KELANTAN BERI LALUAN DAN SAMBUT KEIKHLASAN DS NAJIB UTK MULAKAN LANGKAH KERJASAMA DN SETERUSNYA PERMUAFAKATAN PERJUANGAN ISLAM SEBENAR BUKAN PERBALAHAN YG SUDAH NYATA MENGUNTUNGKN LAWAN YG SEMAKIN KURANG AJAR TANPA BATASAN. INGAT MELAYU BERSATU SEMUA BANGSA AMAN. INSYAALLAH.

    ReplyDelete