Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, March 1, 2012

Kelab Chedet: Hudud & Tun Mahathir


1. Sebenarnya ada kebenaran dalam kata-kata Tun M bahawa perkataan hukum hudud tidak disebut dalam AL-Quran.

2. Perkataan hudud disebut sebanya 14 kali (kalau tak silap) dalam Al-Quran dan tiada satu pun yang merujuk kepada hukuman jenayah seperti mencuri dan lain-lain.

3. Oleh itu, apa yg dimaksudkan oleh Tun M adalah perkataan hukum hudud yg merujuk kepada jenayah tidak disebut dalam Al-Quran secara literal.

4. Dalam perkara kedua pula Tun M menyebut mengenai konsep keadilan dalam islam. Ini juga adalah benar kerana islam mementingkan keadilan.

5. Oleh itu, undang-undang hudud pas yg hanya dikenakan keatas umat islam sahaja adalah tidak adil, maka ianya tidak berketepatan dengan konsep keadilan islam. Undang-undang islam perlu dikenakan keatas seluruh rakyat tanpa mengira agama, barulah ianya adil dan selari dengan konsep keadilan islam.


Penulis adalah  Dr. Fikir - Exco Kelab Chedet
Sumber: www.kelabchedet.com

5 comments:

  1. hudud yang dimaksudkan dalam alquran yag dr tahu tu merujuk kepada perkara apa...maaf saya tidak arif mengenai hudud...

    ReplyDelete
  2. surah al maidah 38 dan surah an-nur 2 menyebut mengenai hukuman mengenai perbuatan dan hukumannya...adakah hukuman ini adalah namanya Hudud atau sebaliknya minta penjelasan....sebab saya tak nampak perkataan hudud itu..saya harus memahami ini...saya yakin dengan Allah dan peraturannya...tapi saya pun mahu memahami konsep hudud ini....

    ReplyDelete
  3. Saya amat faham apa yg Tun M maksudkan dgn Hudud dan Tun M orang yang tinggi ilmu dalam Ugama.Tun M tidak berseorangan dlm pekara ini..Saya pun bersependapat dengan Tun M. Tambah2 hudud yang nak dibawa sikafir PAS.Tak habis-habis jual ugama kerana politik hahahahaha

    ReplyDelete
  4. hudud itu adalah hukum daripada Allah untuk org2 Islam didunia ini. ianya mmg ada didalam al-Quran.RUJUK SUROH AL-NUR AYAT 2(SILA RUJUK) terbatal iman seseorang y menafikan ayat2 al-Quran. Ianya sgt ADIL kerana bagi manusia yg menganut agama Islam itulah peraturannya..adakah ADIL BAGI ORG2 KAFIR JIKA MEREKA BERSEDEKAH,MRK MENDAPAT PAHALA DAN MENDAPAT BALASAN SYURGA. SDGKAN MEREKA TIDAK MENGAKU ISLAM ITU AGAMA Y BENAR..HUDUD BG ORG2 ISLAM...JIKA MENGATAKAN TIDAK ADIL,MAKA TERBATAL IMANNYA KERANA MENAFIKAN HUKUM YANG ALLAH BERIKAN KEPADA ORG2 ISLAM. KITA ORG ISLAM KENA SOLAT..ADAKAH ORG KAFIR KENE SOLAT,KITA KENA BERPUASA..ADAKAH ORG KAFIR KENA BERPUASA..SY ULANG..HUDUD HANYA UNTUK ORG2 ISLAM..
    BAGI KES ROGOL Y DIKATAKAN..JIKA XDPAT MENGEMUKAKAN SAKSI..MANGSA ROGOL BOLEH MEMBAWA KEPADA QARINAH ATAU SUMPAH YANG MENGATAKAN DIA DIPERKOSA..QARINAH TU BUKTI,SAMAADA MELALUI UJIAN FORENSIK ATAU SIASATAN..

    SUMBER PERUNDANGAN ISLAM BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS.

    BERTAUBATLAH..JGN MENTAFSIR MENGGUNAKAN AKAL SEMATA-MATA..TAKUTLAH PADA ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi rasanya kalau AKAL yang diamugrahkan oleh Allah itu tidak mahu dimunafaat dengan sepenuhnya, kerana yang membezakan haiwan dengan manusia itu adalah AKAL. Jadi kenapa AKAL yang dianugrahkan Allah itu tidak mahu digunakan dengan betul, sekurang-kurangnya tafsiran yang manusia buat itu mestilah menampakkan ciri-ciri kemanusiaan yang mulia. Antara ciri-ciri dan sifat kemanusiaan yang dimuliakan oleh Allah itu adalah bersikap ADIL sesama manusia kerana ADIL itu adalah sikap Allah yang paling utama. Walau pun manusia tidak mampu bersikap adil seperti mana Allah tetapi sikap itulah yang sentiasa dituntut oleh Allah keatas setiap manusia. Hanya dengan akal yang dianugrahkan oleh Allah itu saja maka manusia mampu bersikap adil, sebab itu haiwan tidak dituntut bersikap adil sesama mereka seperti mana manusia.

      Cuba baca balik ayat yang sdr rujuk itu, dimana letakkan perkataan “HUDUD” didalam ayat ini???

      “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” Juzuk : 18, Surah : AN-NUR, No. Surah : 24, Ayat : 2

      Tun tidak pernah pun merpersoalkan tentang “bentuk hukuman” seperti yang disebutkan dalam ayat Al Quran itu, yang Tun persoalkan itu hanya tentang istilah “HUDUD” itu yang sememangnya tidak ada pun diistilahkan di dalam Al Quran. Quran hanya menyebut bagaimana orang berzina atau mencuri patut dihukum bukannya tentang istilah “HUDUD” itu sendiri.

      Tun juga tidak pernah kata yang hukum Allah ini tidak adil, yang “tidak adil” itu adalah cara PAS mahu melaksanakan hukum Allah ini yang sebenarnya tidak adil. PAS kata hukum hudud hanya hendak dilaksanakan keatas umat Islam saja. Soalnya, kenapa keatas umat Islam saja, adakah Allah itu hanya Tuhan kepada umat Islam saja?? jika ya, kenapa PAS membenarkan kafir Kristian menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada nama Tuhan mereka??? Jadi, jika mereka sudah mahu mengaku bahawa Allah itu juga Tuhan mereka, kenapa PAS takut melaksankan hukum Allah ini ke atas mereka sakiranya ada diantara mereka melakukan kesalahan yang sama???

      Kita pun tahu bahawa Allah bukan saja Tuhan kepada orang yang beragama Islam saja tetapi Allah juga pencipta seluruh mahklok alam termasuk manusia tampa mengira bangsa dan agama mereka, sama ada mereka itu percaya akan Allah atau tidak, Allah yang tetap BERHAK menghukum mereka sama ada di dunia mau pun diakhirat. Jadi kenapa PAS tidak mahu menghukum manusia kepunyaan Allah ini dengan hukuman yang sama jika kesalahan yang mereka lakukan itu adalah kesalahan yang sama jugak???

      PAS sendiri suka mensinonimkan parti mereka sebagai parti Islam, malah Islam dan PAS itu sudah dislogankan “untuk semua” tetapi kenapa pula undang-undang PAS ini tidak menyeluruh untuk semua malah membeza-bezakan hukuman hanya kerana perbezaan agama???
      Bukahkah Islam itu berpegang kepada keadilan, sekali pun yang mencuri itu kafir maka hukumannya tetap sama seperti mana hukuman yang dikenakan keatas umat Islam kerana Islam itu sememangnya adil untuk semua, jadi kenapa PAS takut melaksanakan hokum Allah keatas semua mahkloknya??

      Sesungguhnya hukum Allah itu sememangnya ADIL untuk semua, ia dibuat bukan hanya untuk orang PAS saja, atau UMNO saja atau MCA saja atau DAP saja atau MIC saja malah untuk semua mahlok yang dinamakan manusia, jadi kenapa PAS takut bersikap ADIL kepada semua??? Allah sendiri menyebut “janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan” bila melaksanakan hukum Allah ini. Jadi hukum Allah ini perlu dilaksanakan 100% keatas semua manusia, bukannya 0.01% saja yang terhukum dengan hukum Allah ini seperti mana yang disebutkan oleh Hadi Awang itu.

      Delete