Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, March 1, 2012

Azizan Razak sasaran parasit untuk disingkirkan - Hasan Ali

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr. Hasan Ali yakin Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjadi sasaran seterusnya oleh puak parasit dalam Pas untuk disingkirkan.

Berucap di hadapan hampir 20,000 hadirin di sini, malam tadi, Hasan berkata, golongan telah berjaya menjatuhkan beliau dan kini mereka memberi perhatian pula kepada usaha menumbangkan Menteri Besar Kedah itu.

``Mereka sudah jatuhkan saya dan sekarang mereka hendak jatuhkan Ustaz Azizan (Abdul Razak) di Kedah, dan mereka akan pergi dari satu tempat ke satu tempat kerana mereka ini ramai," katanya.

Beliau berkata, Pas juga sudah hilang falsafah agung perjuangannya untuk menegakkan Islam negara Islam dan hukum hudud akibat mainan politik kumpulan parasit tersebut. UTUSAN MALAYSIA

RockyKCD - Parasit-Parasit dalam PAS ini semua Anwarinas. Sape yang enggan tunduk kepada Anwar Ibrahim, bakal dijatuhkan 'at any cost'.

MB PAS Kedah tunggu masa aja nak dijatuhkan. Mungkin PRU akan datang tidak dicalonkan atau disabotaj.

No comments:

Post a Comment