Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, March 31, 2012

Himpunkan Akar UMBI! Selamat Bersidang - @Razlanrafii

Razlan Rafii adalah Ketua Pemuda UMNO Seputeh
Menjadi satu tanggungjawab kepada semua ahli UMNO untuk menghadirkan diri untuk Mesyuarat Cawangan yang telah di tetapkan bermula pada 1 April 2012.

Pada tahun lepas, ramai yang menjangkakan itu adalah mesyuarat yang terakhir untuk penggal 2009-2011, nampaknya bermula dari 1 April inilah yang benar-benar mesyuarat terakhir sebelum menamatkan pemilihan penggal akan datang.

Dan mesyuarat kali ini juga merupakan mesyuarat yang terakhir sebelum kita berjumpa dengan tarikh Pilihanraya Umum yang dijangkakan akan berlangsung mungkin pada Jun, September, Disember dan yang terakhir Mac 2013.

Perhimpunan akar umbi di seluruh pelusuk negara mesti kita semarakkan dengan kehadiran seramai mungkin ahli UMNO. Kita juga seharusnya menggalakkan mereka membawa ahli keluarga dan anak-anak untuk bersama dengan mengikuti mesyuarat agar mereka dapat merasakan bahang Pilihanraya yang akan datang.


2 comments:

  1. INI LAH KALI PERTAMA SAYA JUMPA SATU SARANAN SUPAYA MESYUARAT CAW UMNO MENGALAKAN AHLI KELIARGA TURUT SERTA,BIASANYA ORG KG DI HALANG UTK DENGAR MESYUARAT UMNO AGAKNYAUMNO BARU SEDAR ALHAMDULILAH

    ReplyDelete