Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, February 9, 2012

Rahim Kamarudin & BN GombakTurun Padang Sempena Thaipusam

Tiada meja VIP dan tiada layanan khas untuk pemimpin masyarakat nombor satu dalam BN Gombak ini. Bagi yang tidak mengenali beliau, mungkin tidak tahu beliau adalah Pengerusi BN Gombak dan Ketua UMNO Gombak. Itulah Haji Rahim Kamarudin yang lebih selesai memakai capal dalam setiap program kemasyarakatan yang diadakan.


Bagi masyarakat India di Batu Caves, Haji Rahim Kamarudin bukan asing buat mereka kerana beliau seringkali hadir di program anjuran parti-parti kompenen BN dan juga menganjurkan program bersama masyarakat India seperti yang pernah dipaparkan di blog ini.

http://minda-hijrah.blogspot.com/2011/12/umno-gombak-raikan-pelajar-cemerlang.html


Kalau nak tahu, yang berbaju biru itu adalah Haji Rahim Kamarudin, Ketua UMNO bahagian Gombak. Pemimpin jenis sempoi


Beliau memang tidak pernah lokek dengan senyuman setiap kali bertemu warga Gombak. Ini macam ADUN PKR Batu caves tak lena tidur malam.


Beliau juga terkenal dengan panggilan 'Abang Rahim' dikalangan masyarakat India Batu Caves. Ini diakui sendiri kepada saya oleh Ketua Pemuda MIC Pusat saudara T.Mohan dan isteri beliau Loges Mohan


Sifat pemurah Haji Rahim Kamarudin tidak perlu diceritakan. Tanya sendiri warga Gombak. Beliau banyak menyumbang wang ringgit dengan menyokong program-program kemasyarakatan samada anjuran UMNO, parti-parti komponen, Persatuan Belia dan NGO-NGO. Lebih menarik lagi, beliau sering mengumumkan bahawa peruntukan yang disalurkan itu bukannya duit beliau tetapi adalah peruntukan dari Perdana Menteri DS Najib.


Ada orang yang menceritakan kepada saya bahawa Haji Rahim Kamarudin ini mempunyai sejumlah besar penyokong setia dikalangan orang India yang PASTI mengundi beliau jika bertanding dalam pilihanraya..

Mungkin ada kebenaran kisah yang diceritakan kepada saya jika dilihat kemesraaan Haji Rahim Kamarudin bersama masyarakat India. 

Persoalan utama disini, apa aktiviti yang Wakil Rakyat Batu Caves dan Gombak dari PKR  buat semasa perayaan Thaipusam?   

Pengundi Gombak tahu mereka berdua mahu kekalkan jawatan dan kuasa tetapi PEMALAS !

Oh ya ! Ada la pemimpin PKR Kepong ugut mahu bikin kacau semasa sambutan Thaipusan di Batu Caves seperti yang didedahkan dalam blog ini. Itu memang kelebihan pemimpin PKR yang suka buat kecoh.



Sepatutnya pemimpin PKR contohi lah Haji Rahim Kamarudin yang turun padang bantu rakyat dan bukannya turun padang buat kecoh !!!

No comments:

Post a Comment