Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, February 9, 2012

ANWAR IBRAHIM TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN ISLAM - Ikhwan Muslimin

Wakil perikatan pimpinan Ikhwan Muslimin yang berpangkalan di London, Dr. Azzam Tamimi menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang tidak layak menjadi pemimpin Islam kerana menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

 

Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam (IIPT) itu berkata, seorang pemimpin Islam tidak seharusnya menyatakan pendirian yang bertentangan dalam kepercayaan umat Islam berhubung isu Palestin.

 

"Anwar Ibrahim sebagai pendukung perjuangan Islam di Malaysia baru-baru ini dipetik melalui The Wall Street Journal telah memberi sokongan kepada usaha menjaga keselamatan negara Israel.

 

"Ini adalah tindakan seorang pemimpin Islam yang benar-benar tidak layak memimpin," katanya melalui entri blognya www.azzamtamimi.blogspot.com

 

Anwar baru-baru ini mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya melalui The Wall Street Journal yang dipetik sebagai berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

 

Bagaimanapun, selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin UTUSAN MALAYSIA ONLINE

No comments:

Post a Comment