Minda Hijrah Headline Animator

Monday, February 13, 2012

PAS TETAP TENTANG HARI KEKASIH WALAUPUN TIDAK DISUKAI DAP – HADI AWANG

Selepas menempelak Anwar Ibrahim tentang HARAMnya sokong Israel, kini giliran Karpal Singh pula menerima penampor dari Presiden PAS, Haji Hadi Awang. Nampaknya Presiden PAS itu mulai sedar betapa perlunya PAS bertegas dalam isu Islam yang selama ini mereka menjadi BISU sehingga membawa kepada pemecatan Exco Kerajaan Negeri, Dr. Hasan Ali dari PAS.

 

Mungkin Haji Hadi sedar bahawa golongan sekular yang memperjuangkan kebebasan individu dari DAP dan PKR semakin berpengaruh dalam Pakatan Pembangkang dan merosakkan akidah umat Islam.

 

Dan inilah yang boleh membawa kepada murtadnya orang Islam seperti yang diperjuangkan oleh Dr. Hasan Ali selama ini.

 

Kita kagum dengan ketegasan Presiden PAS ini. Tetapi sampai bila beliau mampu bertahan ? Kerana golongan sekular DAP & PKR sudah pasti mencari jalan untuk menjatuhkan beliau.

 

 

Hadi: Pas tetap tentang sambutan Hari Kekasih

 

Pas tetap dengan pendirian menentang sambutan Hari Kekasih walaupun beberapa pihak termasuk rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju, kata Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini. 

 

Dipetik Bernama, Ahli Parlimen Marang ini berkata, Pas tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja.

 

"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.

 

"Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) di sini, petang ini.

 

Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh semalam yang menggesa Pas menarik balik pendirian parti itu yang menentang sambutan Hari Kekasih yang untuk tahun ini, akan disambut Selasa ini.

 

DAP berpendapat pendirian PAS itu sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan di Malaysia, kata Karpal – Sinar Harian

2 comments:

  1. Ha ha dah berani sekarang Hadi Awang melawan DAP.Agaknya dah tak sanggup lagi dimalukan oleh DAP.Muka pun dah penuh contengan ARANG.


    Khalid Tak Gagap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ho la..gitu baru la betul tok aji...hok betul oyak la betul..jangan la dok takut sangak...kokrang...barang kayu api sume tuh...kita ni nanti hok nok jawab nye...kalu tok aji gabung ngan same2 islam lagi ganah napok...takdok orang nok kutuk pung..buleh jadi bahan sejaroh umat islam di malaysia....rama nati hok sokong...hok dok sokong tu jenih base bedooh...dok soh layang la... sungguuuuhhhh!!!

      Delete